We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Tak boleh guna gelaran doktor jual produk kosmetik

KUALA LUMPUR: Pengasas atau peniaga produk kosmetik tidak boleh menggunakan gelaran profesional seperti doktor untuk mengiklankan produk di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata peraturan itu termaktub dalam garis panduan pengiklanan untuk kosmetik yang dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Pada masa sama, katanya, pengasas produk kosmetik tidak boleh membuat tuntutan perubatan atau berlebihan mengenai produk masing-masing hingga melampaui skop takrifan kosmetik, iaitu membersih, mewangi atau mencantikkan.

“Berdasarkan garis panduan pengiklanan untuk kosmetik dikeluarkan NPRA, penggunaan gelaran profesional seperti doktor tidak dibenarkan.

“Jika penjualan kosmetik membabitkan orang profesional seperti doktor, maklumat akan disalurkan kepada badan profesional yang mengawal selia amalan doktor untuk tindakan selanjutnya.

“Tindakan regulatori seperti amaran iklan dan pembatalan notifikasi produk akan diambil sekiranya ia didapati diiklankan dengan tuntutan perubatan atau tuntutan melampaui skop takrifan kosmetik,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Dapatkan info terkini hanya diportal www.titiwangsatoday.com

By Atiqah Yunus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X