Seorang lelaki berusia 52 tahun tiba di Makkah, Arab Saudi Ahad lalu selepas berjalan kaki selama 11 bulan, atau lebih tepat 10 bulan 26 hari dari Wolverhampton, England.
Adam Muhammad berkongsi video TikTok yang menunjukkan dia menangis kegembiraan setelah tiba di Makkah sambil menolak troli yang dibelinya dari UK.
Menurut Gulf Today, Adam telah mengembara melalui sembilan negara sebelum mendarat di Makkah untuk menunaikan haji tahun ini. Negara-negara tersebut termasuklah Belanda, Jerman, Republik Czech, Hungary, Romania, Bulgaria, Turki, Syria, dan Jordan.
Ketibaan beliau di Makkah disambut oleh hadirin yang ramai berkumpul di Masjid Aisha.
Haji adalah impian tertinggi dan paling saya sayangi,” katanya.
Sementara itu, selepas ketibaannya di Makkah, Adam merakamkan rasa terima kasih kepada rakyat Saudi atas kemurahan hati mereka membantunya di sana.
Dalam perjalanan sejauh 6,500 batu ke Makkah, Adam turut dikesan menolak sebuah troli yang membawa bekalan dan menjadi tempat berteduh untuknya.
Adam sebelum ini memberitahu media bahawa pilihannya untuk berjalan kaki ke Makkah diambil secara tergesa-gesa. Dia tidak fikir dia boleh melakukannya.
Video yang menunjukkan ketibaannya di Makkah dalam keadaan terperanjat telah mendapat lebih 130,000 like dan ribuan komen. Kebanyakannya gembira melihat kejayaan perjalanan sukar lelaki itu untuk menunaikan haji.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com