We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Langkawi Premium Outlet dijangka siap Oktober

KUALA LUMPUR: Bina Darulaman Bhd (BDB) menjangkakan projek Fasa Satu Langkawi Premium Outlet (LPO) akan siap pada hujung Oktober tahun ini.

Pengerusi Eksekutif BDB, Che Had Dhali berkata tahap persiapan projek tersebut telah mencapai 95 peratus.

“Saya sangat gembira mengenai pembukaan projek ini serta 36 daripada 38 unit LPO ini berjaya disewakan kepada usahawan tempatan, ini adalah perkembangan baik buat BDB,” katanya semalam.

Dalam masa sama, beliau berkata, fasa kedua projek berkenaan dijangka siap pada 2024 merangkumi keluasan secara keseluruhan 17.40 hektar.

“Sekarang ini kami menggunakan lebih 10 peratus keluasan tanah tersebut untuk menempatkan 38 unit kedai atau outlet selain surau, tempat rehat, ruang legar dan sebagainya,” katanya.

September tahun lalu, Bernama melaporkan BDB mengumumkan syarikat usaha sama dengan Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI), BDBMBI Langkawi Ventures Sdn Bhd bakal membangunkan projek komersial bersepadu ‘Premium Outlet’ yang meliputi ruang perniagaan, makanan dan minuman serta kemudahan rekreasi di Langkawi.

Che Had berkata projek dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) itu akan dibangunkan di Padang Matsirat, bersebelahan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. – BERNAMA

Dapatkan info terkini hanya diportal www.titiwangsatoday.com

By Atiqah Yunus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X