PAS mahu melihat ‘muafakat politik’ yang termeterai di bawah Perikatan Nasional (PN), antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS dan UMNO diteruskan sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), demi masa depan negara.
Justeru, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menasihati pemimpin ketiga-tiga parti itu untuk terus mendukung kerajaan sedia ada.
“Saya yakin muafakat politik ini bukan sahaja untuk parti tetapi untuk masa depan negara dan seluruhnya. Sebarang keputusan politik membabitkan masa depan negara, jadi bagi PAS, kita lihat ketiga-tiga parti perlu teruskan muafakat bukan sahaja sampai Pilihan Raya Umum (PRU) tetapi sampai selepas PRU nanti.”
“Apabila kita dukung kerajaan, kita dukunglah kerajaan (PN) ini. Jangan timbul pandangan yang menyebabkan situasi tidak berapa selesa untuk rakyat,” katanya
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Annuar yang menyifatkan UMNO, PAS dan Bersatu bukanlah musuh sebaliknya pesaing dan sebaliknya wujud kekeliruan yang cuba menyembunyikan musuh politik sebenar mereka.
Ikuti perkembangan terkini, isu- isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal http://www.titiwangsatoday.com