We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Keadaan Jalan Berlubang di Malaysia disindir Mat Saleh

Walaupun sudah masuk tahun 2022, isu ‘jalan raya rosak’ merupakan perkara utama yang sering dipercakapkan oleh rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada penduduk di kawasan bandar, apatah lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Sebelum ini tular satu video seorang lelaki mat saleh meluahkan kekecewaan selepas membandingkan bagaimana kualiti jalan raya antara Peru dengan Malaysia.

Dalam perkongsian video tersebut, lelaki mat saleh mempersoalkan bagaimana sebuah negara yang berada di tangga ke-91 miskin di dunia mampu menjaga dan mengekalkan kualiti jalan yang amat baik walaupun tidak ramai yang datang ke sana.

Lelaki mat saleh itu juga meminta pihak berkuasa untuk membaik pulih lubang-lubang yang ada dan melakukan maintenance jalan raya untuk mengelakkan rakyat Malaysia daripada terdedah kepada risiko kemalangan. Dalam pada itu, ia juga boleh mengakibatkan kerosakan pada kenderaan untuk jangka masa panjang.

Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Sebahagian warganet tempatan menjelaskan oleh kerana tidak ramai yang menggunakan jalan raya di negara Peru, sebab itu kualiti jalan juga akan lebih terjaga jika hendak bandingkan Malaysia yang sememangnya sentiasa sibuk.

Mereka menegaskan Malaysia sebuah negara yang maju, namun pihak bertanggungjawab yang dipilih oleh rakyat tidak menjalankan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Sarah Razlien

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X