We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Bintang muda berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah memenangi gangsa acara keirin

KUALA LUMPUR: Bintang muda berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menambah satu lagi koleksi pingat peribadinya pada hari terakhir Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi, semalam.

Pelumba berusia 19 tahun itu merangkul gangsa bagi saingan akhir keirin wanita pada kejohanan berlangsung di Velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi itu.

Mina Sato dari Jepun menjuarai acara tersebut manakala perak pula menjadi milik pelumba Korea Selatan, Park Ji Hae.

Ahad lepas, Nurul Izzah mencatat nama sebagai pelumba wanita Malaysia pertama memenangi emas di kejohanan itu apabila mengungguli acara 500 meter ujian masa dengan catatan masa 35.499 saat (s).

Sementara itu, pasukan junior negara membawa pulang dua lagi pingat menerusi dua pelumba wanitanya, Nyo Ci Hui bagi acara omnium serta Azwa Nabila Abdullah dalam saingan keirin.

Ci Hui meraih perak dengan mengumpul 116 mata keseluruhan di belakang juara dari Jepun, Maho Kakita (153 mata) manakala pelumba Uzbekistan, Asal Rizaeva memenangi gangsa (110 mata).

Azwa pula sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa manakala pelumba Korea Selatan, Kim Doye meraih emas diikuti rakan senegaranya, Na Yunseo untuk perak.

Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (kanan) memenangi gangsa acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi. – Foto ihsan MSN

Dapatkan info terkini hanya diportal www.titiwangsatoday.com

By Atiqah Yunus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X