We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Veteran tentera beri amaran tentang tindakan tegas terhadap perhimpunan tanpa kebenaran

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan diambil terhadap anggota Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan yang tidak diiktiraf oleh pucuk pimpinan, kata presiden PVATM Sharuddin Omar.

Beliau berkata baru-baru ini terdapat segelintir veteran yang dilaporkan telah menubuhkan kumpulan untuk memperjuangkan isu kebajikan veteran yang difikirkan perlu diselesaikan kerajaan segera. Tetapi perjuangan itu berbeza antara satu sama lain.

“PVATM ingin menegaskan bahawa ia tidak terlibat dengan kumpulan veteran yang memperjuangkan kebajikan veteran di jalanan dengan cara yang tidak wajar.

“Konsep perjuangan PVATM amat jelas sejak dahulu hingga kini dalam memperjuangkan apa jua isu kebajikan veteran. Kita akan sentiasa mengambil pendekatan yang waras dan berunding untuk bersama-sama mencari penyelesaian ‘menang-menang’.”

Presiden PVATM Sharuddin Omar

Sharuddin (atas) berkata demikian ketika diminta mengulas isu perhimpunan aman di ibu negara yang dijadualkan pada 6 Jun ini. Dijangka dihadiri dalam 5,000 veteran tentera bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang didakwa tidak menjaga kebajikan rakyat, askar bersara, tidak berpencen, dan diberhentikan kerja.

Tambahnya, lima isu yang diperjuangkan oleh PVATM dalam menghargai perjuangan dan pengorbanan mereka ialah pelarasan pencen veteran, elaun sara hidup veteran tidak berpencen, Lembaga Pengampunan bagi bekas pegawai perkhidmatan, dan menambah baik pencen terbitan bagi balu tentera, dan Pingat Elaun peringatan Jasa Malaysia.

Sharuddin berkata, kepimpinan dan ahli PVATM bersikap matang dan waras dalam menjunjung isu veteran berdasarkan ketegasan dalam membangkitkan isu mereka, waras dalam pendekatan, dan berfikiran terbuka serta bertolak ansur dalam menangani keputusan dan kekangan.

“PVATM tidak pernah bertindak atau menaja kumpulan veteran yang membuat tuntutan mengenai isu veteran melalui tindakan melulu dan tidak munasabah.”

PVATM: pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertua di Malaysia

Ia ditubuhkan pada 20 Mei 1922, dengan nama Persatuan Bekas Perkhidmatan Malaya oleh bekas tentera British di Tanah Melayu selepas perang dunia pertama.

Persatuan itu menjadi ahli gabungan Liga Perkhidmatan Empayar British pada 22 Mei 1922. PVATM kini mempunyai 173,000 ahli berdaftar di seluruh negara.

Perbarisan sempena Sambutan 100 Tahun Veteran Angkatan Tentera semalam melibatkan 14 kontinjen mewakili 14 negeri dengan 600 peserta.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Farah Azila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X