We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Netizen persoal Siti Bainun tak digari macam Awal

Rupanya Awal Ashaari Digari Ketika Berada Dimahkamah. Ini Jawapan Peguam
person

Video yang memaparkan peguam bela Awal Ashaari ketika berada di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Selasa mengundang simpati orang ramai.

Rata-rata mempersoalkan kenapa selebriti berusia 41 tahun itu dilayan seperti penjenayah.

Tampil menjelaskan soalan itu, peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata prosedur menguruskan orang tertuduh (OKT) adalah di bawah bidang kuasa polis.

Beliau berkata polis bertindak sebagai penjawat awam dan mempunyai pertimbangan serta prosedur operasi standard (SOP) dalam menguruskan suspek.

“Gari atau tidak gari bergantung kepada keputusan polis sendiri bagaimana mereka mahu mengendalikan.

“Ada juga situasi di mana mereka tidak digari, tetapi sementara menunggu jaminan selesai, mereka perlu digari. Ia terpulang kepada bidang kuasa polis ketika itu dan bukan kerana kesalahan ringan atau berat. Ia sama.”

Nurul Hafidzah Hassan

Ashaari mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merosakkan palang pagar

Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

“Biasanya di mahkamah, peguam tidak akan mengganggu tugas penjawat awam kerana mereka akan menjalankan tugas mereka.

“Jika mereka mahu meletakkan OKT atau suspek di suatu tempat dan mahu menggari mereka, peguam kita tidak akan mengganggu. Kalau tak gari, jangan gari.”

Kes Siti Bainun dibawah akta berbeza

Sementara itu, mengulas perbandingan netizen dengan Siti Bainun Ahd Razal yang menjadi suspek utama penderaan tragis kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU), Bella, Hafizah berkata kedua-duanya di bawah akta berbeza.

Nurul Hafidzah

Nurul Hafidzah, peguam yang mewakili Siti Bainun berhubung penderaan tragis kanak orang kelainan upaya (OKU), Bella.

“Pada asalnya kes Siti Bainun tidak direman, bermakna dia memberi kerjasama di balai polis. Dia ditahan dan direman kerana tidak perlu digari.

“Dia juga membayar jaminan bukan kerana kesalahan itu serius atau tidak.

“Siti Bainun dan Awal di bawah akta berbeza, kesemua mereka dalam sebarang dakwaan tertakluk kepada prosedur tertentu.”

Pada Selasa, pelakon Awal Ashaari (41), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor atas pertuduhan melakukan khianat untuk merosakkan palang milik pengurusan sebuah taman perumahan di Damansara bulan lalu.

Awal mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah pada pagi Selasa.

Mengikut pertuduhan, selebriti itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian RM600 di pondok pengawal perumahan di Jalan PJU 3/30 pada 11.30 pagi, 16 April lalu.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Farah Azila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X