We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Separuh badan dibaham buaya

KINABATANGAN: Seorang lelaki maut dibaham buaya dalam kejadian di Ladang Lamag, Sungai Pin di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa dikatakan diserang buaya ketika menyeberangi sungai menggunakan jambatan kayu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba terus melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama beberapa agensi lain.

“Mangsa berjaya ditemui namun hanya separuh badannya,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, pasukan operasi menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.10 petang.

Dapatkan info terkini hanya diportal www.titiwangsatoday.com

By Atiqah Yunus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X