We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Berpada-pada kongsi kisah hidup

Pilihan nak kongsi cerita peribadi atau tidak
person

Namun, sebagai seorang selebriti, elok juga ‘berpada-pada’ berkongsi untuk pengetahuan umum agar tidak menimbulkan syak wasangka dan fitnah.

Mengapa dikatakan demikian?

Ini kerana pendedahan yang dibuat berhubung status pengacara baharu, Myra Natasya anak tunggal pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman pada April lalu mengejutkan sekali gus membawa banyak pengajaran.

Siapa sangka, Halim yang pernah berkecimpung dalam kerjaya seni itu dianggap ‘bujang terlajak’ oleh peminatnya kerana tidak bertemu jodoh.

Namun realitinya Halim berjaya menyimpul dengan kemas ‘rahsia’ kewujudan anaknya termasuk rahsia perkahwinan selama 27 tahun sebelum terbongkar.

Tidak dinafikan hak setiap orang untuk menyimpan atau menyorokkan hidupan peribadi mereka terutama golongan selebriti.

Namun, tidak salah juga berkongsi sedikit supaya apabila rahsia itu terbongkar, ia tidak dikorek sehingga ke akar umbi.

Apatah lagi, pada zaman teknologi sekarang yang pengaruh media sosial sangat besar.

Daripada sedikit pendedahan, tindakan netizen yang bersungguh-sungguh menyiasat membuatkan status Myra sebagai ‘Binti Abdullah’ akhirnya mendapat penjelasan.

Difahamkan, Halim dan bekas isterinya memutuskan untuk berkahwin di negara jiran, Thailand. Seterusnya, tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di negara itu. Rumah tangga terbina dalam kucar-kacir dan juga ditandai dengan perceraian di Thailand.

Jadi, apabila tindakan tidak matang itu dilakukan Halim dan bekas isterinya, kesannya pada cahaya mata mereka, Myra. Seiring masa berlalu, Myra kekal ‘berbinti Abdullah’ selamanya.

Jangan takut untuk berbincang dengan JPN

Justeru, pengajaran yang boleh diambil daripada kisah Halim adalah bagi pasangan yang memilih untuk berkahwin di luar negara, tidak salah. Malah perlu berdaftar mengikut undang-undang Malaysia. Dalam hal ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedia membantu.

Sebagai contoh, Halim berkata, tidak perlu berasa takut dan malu berjumpa JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling. Ini kerana anda tidak akan ditangkap oleh mereka, sebaliknya membantu menyelesaikan sebarang masalah.

“Apabila berkahwin di luar negara seperti Thailand, pasangan itu perlu peka untuk mendaftarkan perkahwinan mereka dengan segera.

Jangan sesekali ambil mudah seperti yang saya lakukan. Ia akan memberi stigma kepada keluarga dan anak-anak.”

Menurut Halim, dia selama ini kurang selesa bercakap mengenai perkara peribadi itu. Kini dia perlu terbuka untuk menjelaskan perkara sebenar.

Menyedari masa yang berlalu tidak boleh diundur

Halim berkata akibat perbuatannya itu, dia pasrah tidak boleh menjadi wali kepada anak perempuannya apabila berkahwin nanti. Myra perlu menggunakan wali hakim.

Kisah Halim dan Myra menarik perhatian ramai dan beberapa netizen turut membangkitkan isu harta pusaka.

Bagaimanakah nasib Myra untuk mewarisi harta itu daripada bapanya? Untuk ini, saya pasti Halim telah menemui penyelesaian terbaik.

Malah, untuk urusan harta ada pihak tertentu yang menguruskannya dan boleh dirujuk. Apapun, semoga ‘buku baru’ yang dibuka oleh keluarga Halim akan berjalan dengan baik dan lancar seperti yang diharapkan dapat diteruskan.

Selain kisah ini, satu lagi kisah selebriti yang menarik perhatian ‘perkahwinan rahsia’. Penyanyi yang juga ‘abang bomba’, Syafiq Farhain dan pengurusnya difahamkan sudah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah.

Walau apa pun, cerita Syafiq tidaklah begitu memeranjatkan kerana ia sebenarnya telah dihidu oleh media. Namun disebabkan sikap Syafiq yang tidak mahu berterus-terang dan selesa menutup mulut, maka keputusannya dihormati.

Syafiq ada alasan untuk mengaku atau tidak berkahwin. Malah, kami media arus perdana masih berpegang kepada etika penyampaian berita yang sahih. Jika orang itu tidak mahu mengaku, tidak perlu dipaksa.

Apapun semoga rumah tangga dan isteri Syafiq bahagia dan Syawal kali ini membawa rahmat buat kita semua.

Sumber: Harian Metro

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Farah Azila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X