We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Aplikasi Quran Pertama Guna A.I, Ini Fungsi Menarik Korang Kena Tahu!

Sekarang ni memang mudah nak baca Al-Quran, banyak aplikasi yang disediakan bagi membolehkan kita beribadah dengan mudah dekat mana-mana pun.

Tapi apa yang lebih menarik, baru-baru ini seorang pengguna Twitter ada kongsikan satu aplikasi Quran pertama yang menggunakan Artificial Intelligence (A.I).

Apa yang menariknya mengenai aplikasi ni kalau nak dibandingkan dengan aplikasi yang lain? Jom baca dekat bawah ni!

1. Boleh tegur bacaan

Dengan menggunakan mikrofon ketika membaca, aplikasi Tarteel ni boleh detect kalau korang ada buat kesalahan membaca atau tajwid tau! Bila korang baca, korang boleh pilih cara teguran macam mana yang korang nak, sama ada melalui gegaran atau bunyi.

Kemudian, aplikasi ni akan highlight bahagian yang salah dan korang boleh dengar bacaan yang betul.

2. Custom halaman Quran ikut keselesaan

Sumber dari Lobakmerah.com

Selain itu, korang jugak boleh pilih sendiri halaman Quran ikut keselesaan. Contohnya nak satu page terus boleh, nak tulisan besar atau kecil pun boleh. Tak cukup dengan itu, korang juga boleh pilih terjemahan menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu dari Sheikh Abdullah Basmeih.

3. Mudahkan proses hafal Quran

Sumber dari Lobakmerah.com

Fungsi hafal Quran dengan guru Robo-Tasmek (istilah rekaan). Fungsi ini akan mengkosongkan halaman, dan setiap kali kita baca ayat, ayat itu akan muncul pada skrin kita. Bantu kita hafal Quran tidak kira di mana atau bila-bila masa tanpa perlunya kehadiran guru tasmek.”

Untuk pengetahuan korang, aplikasi ni adalah aplikasi berbayar kalau korang nak guna fungsi-fungsi menarik ni dan tak mahal pun. Korang boleh pilih sama ada nak bayar bulanan, tahunan atau seumur hidup.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal http://www.titiwangsatoday.com

By Sarah Razlien

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X