We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Anda layak dapat pampasan- KPDNHEP

person

Sejak beberapa minggu lalu, heboh di media sosial berhubung beberapa isu yang dihadapi oleh pengguna yang menghadapi masalah penerbangan.

Ada yang disidai di ruang menunggu lapangan terbang, juga terpaksa berpanas dan berpeluh di dalam pesawat akibat kelewatan jadual penerbangan ataupun mengalami kerosakan.

Ini bukan sahaja mencetuskan kekecohan dalam kalangan pengguna, malah turut memberi nama buruk kepada syarikat penerbangan, didakwa tidak mengambil berat terhadap penumpang yang terkandas.

Justeru, baru-baru ini, Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menerbitkan infografik mengenai perkara yang boleh dituntut pengguna berada dalam situasi yang sama.

Sumber twitter @kpdnhep

Antara pampasan yang boleh dituntut ialah makanan, panggilan telefon, dan capaian internet sekiranya penerbangan tertunda selama dua jam atau lebih.

Penginapan dan pengangkutan hotel juga termasuk jika penerbangan tertunda lima jam atau lebih.

Selain itu, melalui infografik di atas, bayaran balik penuh atau penerbangan alternatif harus diberikan kepada pelanggan yang menghadapi penerbangan yang dibatalkan.

Bagaimanapun, pengecualian pampasan hanya terpakai kepada keadaan tidak dijangka oleh syarikat penerbangan yang melibatkan risiko keselamatan atau cuaca ekstrem.

Pengguna juga dinasihatkan untuk membuat aduan kepada syarikat penerbangan untuk sebarang tuntutan pampasan atau www.mavcom.my untuk maklumat lanjut.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Farah Azila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X