We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Harap Tak Tampal ‘Sticker’ Di Muka Anak – Netizen

person

Isterinya selamat melahirkan anak pertama Selasa lalu, suami kepada pelakon Mira Filzah iaitu Wan Emir memuat naik perkongsian terbaru itu untuk tatapan umum.

Menerusi entri tersebut, Emir berkata dia dan Mira melahirkan rasa syukur di atas segala doa selain rasa terima kasih atas pengorbanan kedua ibu bapa mereka.

Emir turut memuat naik foto dirinya sedang mendukung anak sulungnya dan Mira bersama bayinya.

“Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua atas segala doa. Terima kasih kepada ibu bapa dan semua yang menyayangi kami sejak kecil, juga menunjukkan kepada kami erti ibu bapa yang baik.

“Semoga amanah Allah datang kepada kita dengan sebaik mungkin. Kepada-Mu kami berserah, ya Allah.”

Perkongsian Emir itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah atas kehadiran cahaya mata.

Pada masa yang sama, netizen memuji kecantikan Mira kekal cantik walaupun baru melalui proses kelahiran. Ramai tidak sabar untuk melihat wajah anak pasangan itu.

Tidak kurang juga, netizen meminta pasangan itu tidak meletakkan sticker di muka anak mereka seperti yang dilakukan oleh sesetengah selebriti.

Selasa lalu, Wan Emir berkongsi bahawa isterinya selamat melahirkan anak pertama mereka iaitu seorang bayi lelaki. Lebih manis tarikh lahir anak mereka sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalendar Islam.

Sumber: Rotikaya

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Farah Azila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X