We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

49 Tahun Berada Di Malaysia, KFC Kembalikan Semula Perasaan Cinta

Bukan sekadar ayam goreng, KFC sentiasa dekat di hati kita semua. Mana tidaknya, tiap kali sambutan hari jadi, ulang tahun, perayaan dan juga peristiwa harian biasa, KFC mesti jadi pilihan serta banyak memori dekat KFC.

Kita semua membesar menggemari ayam sedap hingga menjilat yang terkenal di dunia dan tidak pernah berhenti menyukainya. Ini bukanlah perkara luar biasa memandangkan KFC sudah berada di Malaysia selama 49 tahun. Tidak mengira muda atau tua, dari seluruh komuniti dan apa jua status, perkongsian cinta kita terhadap KFC mengeratkan hubungan silaturrahim dan membantu mencipta saat-saat manis bersama.

Memberi anda lebih sebab untuk mencetuskan kembali rasa cinta terhadap KFC dan mengimbau semula saat berkumpul bersama rakan dan keluarga di restoran KFC untuk menjamu juadah sedap dan mengenyangkan, KFC secara rasminya melancarkan Jimat Siang, promosi baharu untuk waktu terhad, bermula hari ini.

Jimat Siang menawarkan kombo makan tengah hari berbaloi, dengan harga diskaun eksklusif dari Isnin hingga Khamis, 12 tengah hari – 2 petang dari harga serendah RM7.99. Ianya mengandungi menu sajian utama dan sampingan ikonik KFC dan boleh terdapat 6 variasi kombo untuk dipilih:

(1) Kombo Snack Plate pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49),
(2) Kombo Dinner Plate pada RM16.99 (harga biasa: RM19.60),
(3) Kombo Rice Plate 1-ketul pada RM8.99 (harga biasa: RM10.49),
(4) Kombo Rice Plate 2-ketul pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49)
(5) Kombo Zinger Klasik, pada RM10.99 (harga biasa: RM13.99 dan
(6) Kombo Burger Kolonel Klasik pada RM7.99 (harga biasa: RM9.49)

Jimat Siang boleh didapati pada hari Isnin sehingga Khamis, 12 tengah hari – 2 petang melalui khidmat Makan-di-restoran, Bawa Pulang, dan Pandu Lalu di *kebanyakan restoran KFC seluruh negara.

Dapatkan info terkini hanya diportal www.titiwangsatoday.com

By Atiqah Yunus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X