We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Debat Perdana: Malaysia perlu syarikat seperti Hyundai, LG dan Samsung – Najib

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpandangan kerajaan mana pun yang memerintah, perlu terus berpegang kepada prinsip menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi.

Sewaktu berhujah di Majlis Debat Perdana malam tadi, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Kerajaan Barisan Nasional sewaktu zaman beliau mengambil pendekatan untuk mengadakan projek mega yang boleh mewujudkan banyak peluang pekerjaan.

“Saya nak ajukan soal infrarakyat, untuk rakyat (projek berkaitan) connectivity mesti diteruskan, sebab ini boleh jana pendapatan. Berjuta-juta pekerjaan boleh diwujudkan, umpamanya ECRL yang telah dilewatkan oleh kerajaan PH dahulu, High Speed Rail, Pan Borneo, MRT3, LRT3, Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange … ini boleh bangunkan ekonomi negara.

“Tapi, saya nak sebut, tapi ini semua premisnya apa? Perlu ada kestabilan politik. Jangan ulang balik, empat tahun sejak pilihan raya umum, kita ada tiga kerajaan, tiga Perdana Menteri. Tak mungkin orang yakin pada negara kalau tak ada kestabilan politik. Ini mesti kita lakukan untuk menjamin masa depan kita,” tegasnya lagi.

Jika kestabilan politik dapat dikembalikan, maka tidak mustahil Malaysia boleh mengambil model Korea Selatan sebagai contoh, dan mempunyai syarikat berkaitan kerajaan seperti Samsung, LG, dan Hyundai – Najib

Najib berkata demikian dalam program Debat Perdana bersama Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di ibu negara, malam tadi.

Mengulas lanjut, atas sebab itu kerajaan tidak boleh sekadar mempunyai Petronas sahaja, sebaliknya melihat cara yang terbaik untuk mengekalkan syarikat berkepentingan, termasuk Sapura Energy Bhd yang turut menjadi topik pendebatan malam ini.

“Kita nak bukan saja Petronas, kita nak syarikat seperti Sapura. Saya terkilan bila (Bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad menjual IHH pada Jepun, sebab ia merupakan syarikat penyedia perkhidmatan kesihatan kedua terbesar, dan sepatunya menjadi menjadi flagship Malaysia.

“Dan pada itu, jangan lupa rakyat. Asasnya rakyat, selain pekerjaan, mobiliti sosial, biar kita wujudkan peluang maksimum peluang kepada rakyat, tak kira bandar, luar bandar, supaya rakyat dapat kebajikan, keuntungan, dan kebahagiaan,” tegasnya lagi.

Katanya ketika ini Malaysia berada di persimpangan jalan untuk menentukan masa depan negara, dan rakyat perlu melihat dan memilih pihak mana yang mempunyai pelan terbaik untuk menjayakan agenda itu.

Dapatkan info terkini hanya diportal www.titiwangsatoday.com

By Atiqah Yunus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X