We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Gadis kemurungan nafi nak bunuh diri, cuma mahu cari ketenangan

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu video seorang remaja perempuan berdiri di tingkat lima sebuah pasaraya di Seksyen 7, Shah Alam.

Video berkenaan telah menjadi perdebatan ramai dan menyangkakan remaja terbabit mahu terjun dan mencuba untuk membunuh diri.

Walau bagaimapun, gadis berkenaan dikatakan telah diselamatkan oleh pengawal keselamatan serta anggota bomba dan penyelamat yang berada di situ.

Namun begitu, menerusi laporan dari Harian Metro, gadis berusia 19 tahun itu memaklumkan berada di sana hanya mahu mencari ketenangan sahaja dan menafikan ada niat mahu membunuh diri seperti yang disangka.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, siasatan mendapati gadis terbabit yang juga warga tempatan  dipercayai mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

“Maklumat dari bapa mangsa menyatakan bahawa mangsa mendapatkan rawatan berkaitan tekanan dan kemurungan yang dihidapi di Hospital Shah Alam.

“Mangsa pula menjelaskan tiada niat untuk membunuh diri dan berada di atas tembok berkenaan untuk menenangkan fikiran.

“Setakat ini, kes sudah dirujuk ke Hospital Shah Alam untuk tindakan susulan oleh pihak hospital,” katanya.

Rakan lelaki berjaya pujuk

Dalam pada itu, Mohd Iqbal turut menjelaskan pihak mereka ada menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan seorang perempuan dilihat berdiri di atas tembok paling atas di pasar raya terbabit.

“Siasatan mendapati, seorang lelaki yang juga rakan mangsa mendakwa ada melihat status WhatsApp daripada mangsa yang menunjukkan gambar berada di lokasi terbabit.

“Kemudian lelaki berkenaan bergegas ke lokasi dan berjaya memujuk wanita untuk turun,” katanya.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal http://www.titiwangsatoday.com

By Sarah Razlien

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X