We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Sambal goreng pengantin hanya dijumpai di sekitar johor

Dengar cerita, menu ini agak sukar ditemui lagi. Namun, masih ada yang meneruskan legasi sambal goreng pengantin ini. Terdapat di sesetengah tempat yang masih menyediakannya.

Sambal goreng pengantin ini biasanya disajikan semasa majlis – majlis perkahwinan serta keraian di sekitar Johor dan Singapura.

Tambahan pula, bahan-bahan yang diperlukan untuk sambal goreng pengantin ini agak banyak dan pelbagai. Malah tempoh memasak agak lama maka menjadikannya hidangan atau menu yang jarang disajikan lagi.

Apa yang anda tunggu lagi, jom cuba masakan ini dengan ikuti resepi yang akan dikongsi oleh admin.

Bahan-bahan :

  • Udg 1/2 kg( buang kulit )
  • Limpa 1/2 kg
  • Paru 1/2 kg
  • Hati lembu 1/2 kg
  • Bawang besar
  • Cili kering
  • Lengkuas..dlm 2 jari
  • Halia…dlm 2 jari
  • Serai….12 btg.
  • Santan..1kg
  • Daun salam 7/8 helai
  • Belacan
  • Asam jawa
  • Garam
  • GulaBaha

Cara Memasak:

  1. Rebus dahulu limpa, paru, hati, kemudian potong kesemua bahan2 basah tadi, kita goreng dahulu..
  2. Cili kering ikut kepedasan masing2…gunting halus dan goreng dalam minyak sehingga layu dan lembut betul.
  3. Bawang (sukatan sama banyak dengan bahan2…1 mangkuk bahan2 basah 1 mangkuk juga bawang)…yang dihiris halus, goreng selepas cili tadi lembut.
  4. Masak sehingga bawang lembut dan sebati (lama ya proses ni)
  5. Lengkuas, halia, serai yang diracik halus pun campur sekali….
  6. Bila cili, bawang dan bahan2 lain tadi dah sebati cantik., masukkan belacan, santan pekat & air.
  7. Masak sepert masak rendang, api jangan kuat., bila mengelegak baru masukkan daun salam dan bahan2 basah yang digoreng tadi.
  8. Masak hingga ia agak2 kering, jangan lupa masukkan pes asam jawa, garam dan sedikit gula.

Kredit resipi: Jamal dan Asmahan

Selamat mencuba!!! 🤗🤗

Dapatkan info terkini hanya diportal www.titiwangsatoday.com

By Atiqah Yunus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X