We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Kru kapal layar dikhuatiri lemas

LANGKAWI: Seorang lelaki yang hilang dan dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada sebuah bot di perairan Kuah di sini, petang semalam, sudah dikenal pasti sebagai kru kapal layar.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata mangsa disahkan sebagai Ahmad Nur Hassanuddin Ibrahim, 23, berasal dari Alor Setar.

“Hasil temu bual bersama rakannya, mendapati mangsa adalah kru kapal layar ‘Sunset Dinner Cruise’ dan dipercayai terlewat hadir bertugas pada hari kejadian.

“Mangsa sepatutnya menaiki kapal layar yang berlepas pada jam 4.30 petang, namun mangsa terlewat dan cuba mengejar kapal layar itu menggunakan bot kecil,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Bot yang dipercayai dinaiki seorang lelaki sebelum terjatuh ke dalam laut di perairan Kuah, Langkawi. – Foto ihsan Polis

Shariman berkata, kira-kira jam 5 petang sebuah bot pemancing yang pulang dari Pulau Bumbun menghala ke Kelab Perahu Layar Diraja Langkawi menemui bot kecil berkenaan tanpa pengemudi.

“Pemancing terbabit kemudian menemui sepasang selipar dan satu topi terapung berhampiran bot kecil sebelum menghubungi polis.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),’ katanya.

Beliau berkata, SAR bagaimanapun terpaksa dihentikan pada jam 8.50 malam tadi akibat cuaca gelap dan disambung semula pagi ini.

Dapatkan info terkini hanya diportal www.titiwangsatoday.com

By Atiqah Yunus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X