Permintaan Shuib agar Siti Nordiana atau dikenali sebagai Nana menyanyikan lagu Allahyarham Siti Sarah mengundang reaksi berbeza daripada netizen.
Shuib menerusi televisyen sempena Syawal meminta Nana menyampaikan lagu Bersamamu nyanyian arwah isterinya.
Lagu tersebut tersebar di platform media sosial khususnya Tiktok dan mendapat banyak maklum balas positif.
Shuib sendiri turut berkongsi video tersebut di akaun Tiktok (@shuibsepahtu) miliknya yang kini telah mendapat hampir 15.7 ribu Likes walaupun hanya dikongsi beberapa jam sahaja.
Harapan peminat semoga berjodoh
Ada yang berharap pelawak dan ahli perniagaan itu berkahwin dengan penyanyi lagu Cinta Hanya Sandaran tersebut. Juga, ada yang berpendapat bahawa wajah Shuib dan Nana kelihatan serupa.
Kedua-dua selebriti itu mula menyatukan peminat Januari lalu, selepas berkongsi video di mana Nana mengunjungi butik perkahwinan yang tular.
Pemilik video yang juga pemilik butik tersebut sempat mengusik Nana ke butik tersebut untuk menempah baju pengantin.
Gara-gara video tersebut, netizen membuat spekulasi dan cuba menjodohkan Nana dengan Shuib yang kehilangan isteri akibat wabak Covid-19 pada 9 Ogos lalu.

Nana seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak selepas berpisah dengan suaminya, Allahyarham Faizal Yusup pada 2009.
Allahyarham Faizal Yusup meninggal dunia dua tahun kemudian akibat serangan jantung.
Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com