We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Semangat beraya, api dapur gas lupa tutup

food

PETALING JAYA: Tidak dinafikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini membuatkan ramai orang teruja untuk pulang berhari raya di kampung selepas tiada lagi sekatan dikenakan seperti tahun sebelumnya.

Namun dalam keterujaan, sebuah keluarga terpaksa berpatah balik dari Perak ke Kuala Lumpur kerana terlupa menutup dapur gas yang sedang memanaskan makanan dalam periuk.

Berkongsi pengalaman, seorang pengguna TikTok @jazduit memberitahu mereka sekeluarga menyedari perkara itu apabila ia berlaku di kampung halaman mereka di Perak.

“Dah sampai perak baru sedar lupa tutup api”

@jazduit

Dah sampai perak baru sedar lupa tutup api

♬ Roman Holiday Sped Up – Jadyn

Bimbang dengan keadaan di rumah, mereka sekeluarga segera berpatah balik ke Kuala Lumpur dan berharap perkara yang lebih memudaratkan tidak berlaku.

Melalui rakaman video tersebut, dapat dilihat makanan yang dipanaskan telah kering dan hangus di dalam periuk.

Bagaimanapun, tiada kemalangan lain berlaku kerana api dipasang dalam keadaan perlahan.

Sementara itu, pemilik video itu berseloroh, sekiranya dia sekeluarga tidak menyedari perkara itu, berkemungkinan rumah mereka boleh terbakar dan mencederakan rumah jiran lain.

Melangkah ke ruangan komen, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai dan mereka turut berasa bimbang dan panik melihat keadaan itu berlaku.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Farah Azila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X