We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Pemain industri komoditi bantu kurangkan import makanan ternakan

scenery

PADANG BESAR: Kerajaan akan berusaha menarik pemain industri komoditi berskala besar supaya import makanan ternakan, terutama jagung bijirin dikurangkan sehingga 70% pada masa hadapan.

Program Walkabout Menuai Jagung Bijian

Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Badrul Hisham Mohd berkata Kementerian Komoditi menyasarkan 6 juta hektar ladang kelapa sawit di Malaysia.

Badrul Hisham Mohd (tiga dari kanan) meninjau ladang jagung bijian di Lembah Chuping, Padang Besar, Perlis.

“Kita berharap sekiranya hanya 10% daripada keluasan tanah dengan jumlah 600 ribu hektar diperuntukkan, ia mampu menghasilkan 3 tan metrik jagung bijirin.

“Pada masa sama, kita akan mengurangkan kadar import jagung yang kini mencecah 4 juta metrik setahun dengan nilai RM6.2 bilion.”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Walkabout Menuai Jagung Bijian di Lembah Chuping, Padang Besar.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Datuk Zahimi Hassan; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Norlizan Mohd Noor; Timbalan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Mohammad Kamal Abdul Kadir dan Pengarah Pertanian Perlis, Hafizuddin Othman.

Badrul Hisham Mohd diberikan penerangan semasa melawat tapak pameran dalam Walkabout Penuaian Jagung Bijian di Lembah Chuping, Padang Besar, Perlis.

Badrul Hisham berkata, pada peringkat sekarang, pihaknya memberi tumpuan untuk mengurangkan kadar import kepada 30% menjelang 2030.

Tambahnya, sejak 2018, kerajaan melalui MAFI telah memulakan Projek Pembangunan Industri Bijirin Jagung di bawah Program Sumber Kekayaan Baharu.

Katanya, ia turut membabitkan Perlis dengan keluasan tanah seluas 176 hektar ditanam biji jagung tahun ini.

“Fasa Projek Perintis dilaksanakan mulai 2018 hingga 2022 bagi mengenal pasti lokasi yang sesuai.

Mewujudkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kaedah penanaman optimum, termasuk peningkatan jagung berkualiti dan perluasan kawasan pembangunan tanaman sehingga 20 ribu hektar.

Seramai lapan peserta terdiri daripada agensi atau syarikat swasta dan individu terbabit.”

Datuk Badrul Hisham Mohd

Tambahnya, antara syarikat terkemuka yang mengusahakan penanaman ini di ladang kontrak ialah Syarikat Green World Genetics Sdn. Bhd. (GWG).

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Farah Azila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X