We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Pesilat hadiahkan emas ketujuh buat Malaysia

HANOI: Kontinjen negara terus menuai emas menerusi gandingan pesilat lelaki negara, Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga sekali gus menjadikan jumlah kilauan pingat berkenaan meningkat kepada tujuh emas, hari ini.

Taqiyuddin dan Sazzlan meraih emas dalam acara ganda lelaki dengan mengenepikan pesilat Singapura, Muhammad Hazim Mohammad Zaque dan Muhammad Haziq Mohammad Zaque.

Gandingan kedua-dua pesilat ini berjaya memberi persembahan mantap untuk menarik perhatian juri di Pusat Sukan Bac Tu Liem selepas berjaya mengumpul mata kemenangan 9.950 mata.

Lawan mereka yang juga pasangan adik-beradik Hazim dan Haziq pula hanya mengumpul 9.905 mata.

Gangsa diraih wakil Thailand dan Vietnam yang tumpas di separuh akhir semalam.

sumber: Utusan Malaysia

Ikuti perkembangan terkini dan isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Atiqah Yunus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X