We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Memuat Naik Software Merupakan Taktik Terbaru “Job Scam”

Penjenayah penipuan berlaku di setiap negara, oleh itu mereka bukan perkara asing. Jangan terkejut jika semua wang dalam akaun bank anda hilang jika anda tidak berhati-hati dan bertindak secara tidak bertanggungjawab!

Apabila mangsa diberitahu mereka berhutang sejumlah besar wang, penipu ini biasanya bertujuan untuk memanipulasi emosi mereka dengan membuat mereka cemas dan bertindak tanpa berfikir.

Bukan itu sahaja, scammer juga akan menggunakan ayat-ayat manis untuk ‘memancing’ mangsa jatuh ke dalam perangkap mereka.

Seorang pengguna Twitter (Nabil Hussein) berkongsi pengalamannya hampir ditipu oleh seorang scammer.

Menerusi perkongsiannya, scammer tersebut yang dikenali sebagai ‘Alyssa’ menawarkan pekerjaan menerusi hantaran mesej di WhatsApp dan dikatakan terjumpa resume milik lelaki berkenaan di Ajobthing.

Untuk makluman lanjut, lihat tweet di bawah:

‘Alyssa’ terus memberikan contoh kerja yang perlu dilakukan melalui aplikasi TikTok dimana menimbulkan keraguan pada tawaran kerja itu. Aplikasi Touch ‘n Go eWallet akan digunakan untuk pembayaran.

Menurut pengguna Twitter Nabil, dia diminta memuat naik Software syarikat itu sekiranya untuk terus bekerja di sana. Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai syarikat itu, “Alyssa” sekadar memberikan sijil daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Nabil mengesahkan dengan salah seorang pengurusan syarikat itu bahawa tiada jawatan pernah diberikan seperti yang didakwa oleh ‘Alyssa’.

Apakah yang berlaku jika seseorang memuat naik software itu?

Penipu mungkin menggunakan akses lengkap ke telefon mangsa, termasuk aplikasi Touch ‘n Go eWallet atau aplikasi perbankan, untuk menjalankan transaksi tanpa kebenaran.

Cara kenal pasti ‘job scam’

Bagi mengelakkan anda daripada tertipu dengan taktik scammer ini, berikut adalah beberapa tips bagi mengenal pasti sama ada tawaran pekerjaan itu benar atau tidak.

Antara perkara yang anda perlu beri perhatian adalah seperti berikut:

  • Terus dapat kerja tanpa perlu temuduga.
  • Penerangan tawaran kerja yang terlalu ringkas.
  • Tiada maklumat syarikat di internet.
  • Kena bayar deposit untuk pendaftaran.
  • Guna alamat E-mel domain biasa.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal http://www.titiwangsatoday.com

By Sarah Razlien

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X