We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Isu bekalan RON95: Dua langkah jangka pendek untuk mengatasi kekurangan di kawasan tertentu, kata Menteri

Dua langkah jangka pendek telah diambil untuk mengatasi isu bekalan RON95 yang dihadapi di beberapa kawasan baru-baru ini, masalah sebahagiannya disebabkan kelewatan penghantaran bahan api ke terminal pelabuhan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata langkah pertama ialah mendapatkan kerjasama Kementerian Pengangkutan untuk mempercepatkan proses pelepasan kapal tangki minyak yang menghantar bahan api itu.

Kedua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa memantau keadaan. Hal ini kerana bagi mengelak sebarang penyelewengan dalam bekalan bahan api kenderaan khususnya petrol RON 95.

Beliau berkata kelewatan kapal tangki menghantar bahan api ke terminal di Bagan Luar di Pulau Pinang dan Kuantan di Pahang telah menyumbang kepada kekurangan bahan api semasa tempoh cuti Aidilfitri.

Faktor lain yang menyebabkan kekurangan bahan api adalah peningkatan ketara dalam bilangan kenderaan di jalan raya dan isu kapasiti tangki simpanan di stesen tertentu, tambahnya.

“Kementerian ingin mencadangkan buat masa ini, pengguna jalan raya beralih kepada jenama minyak berdekatan lain yang tidak biasa mereka gunakan kerana tidak semua stesen minyak menghadapi masalah gangguan bekalan ini,” katanya.

Nanta berkata kementerian telah mengambil tindakan awal dengan mengadakan sesi perjumpaan dengan Persatuan Peniaga Petrol Malaysia (PDAM) bagi memastikan pengusaha stesen servis dapat memenuhi permintaan semasa sambutan Aidilfitri tahun ini.

Kementerian menjangkakan peningkatan jumlah kenderaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini berikutan peralihan negara kepada fasa endemik Covid-19 dan pembukaan semula sempadannya, yang membolehkan rakyat pulang ke kampung halaman mereka, katanya.

Beliau berkata bagi menjangkakan lonjakan permintaan, kementerian juga membenarkan semua stesen minyak di seluruh negara menambah stok bahan api mereka.

Di bawah Garis Panduan Pelesenan Barangan Kawalan Berjadual, had bagi stok produk petroleum, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) ditetapkan berdasarkan surat sokongan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Oleh itu, setiap stesen mempunyai had simpanan sendiri berdasarkan saiz premis dan sistem tangki bawah tanah,” katanya.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal http://www.titiwangsatoday.com

By Sarah Razlien

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X