We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Wanita ‘check-in’ hotel terkejut, ada lelaki menyorok dalam almari


Sejak dari dulu, kita sering mendengar nasihat supaya memeriksa terlebih dahulu setiap penjuru bilik hotel sebelum menginapinya kerana bimbang ada individu yang berniat jahat.

Langkah berjaga-jaga harus dilakukan untuk memastikan kita semua terhindar dari sebarang perilaku jahat sesetengah pihak.

Walaupun sesetengah bilik hotel lengkap dengan ciri keselamatan, masih ada individu yang cuba cari jalan untuk menyelinap masuk.

Tular seorang wanita @dobidina.hq memuatnaik satu video di TikToknya memaparkan seorang lelaki misteri yang dipercayai menceroboh masuk ke dalam bilik hotel yang dipercayai terletak di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

Jelas daripada penyiaran video itu, dia dan keluarganya terkejut apabila mendapati lelaki itu bersembunyi di dalam almari.

Walau bagaimanapun, apa yang tidak memuaskan hati ramai ialah apabila lelaki itu mengekalkan ketenangannya seolah-olah dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Dalam penjelasan lain, polis telah menahan individu tersebut dan sedang menjalankan siasatan tambahan. Wanita itu percaya bahawa pelaku memasuki bilik menggunakan Mastercard dan telah ditipu mengenai urusan langganan perempuan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendedahkan kelibat tiga lagi individu yang masih belum dapat ditahan. Menurut Harian Metro, suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berusia awal 20-an.

Menurut ketua polis daerah Kota Bharu, individu itu didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam ujian air kencing. Di samping itu, dia mempunyai tiga sabitan jenayah terdahulu untuk perbuatan yang sama.

Menjengah ke ruangan komen di TikTok wanita berkenaan, ramai netizen beri nasihat supaya amalkan tabiat untuk periksa bilik hotel dulu sebelum menginap.

By Sarah Razlien

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X