We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

“Sungguh Memalukan!”-Ustazah Asma’ Harun

Ustazah Asma’ Beri Teguran MV Lagu Raya Aliff Syukri

Pendakwah bebas dan penceramah terkenal tanah air, Ustazah Asma ‘Harun tampil menegur tindakan usahawan kosmetik sensasi, Dato Seri Aliff Syukri susulan muzik video lagu raya terbaharu beliau yang mencetuskan kritikan pelbagai pihak.

Menerusi catatannya di Facebook, pendakwah itu meluahkan rasa bagaimana video muzik dengan aksi melampau itu berani ditayangkan menjelang 10 hari terakhir Ramadan.

“Kita tidak pasti apa yang bermain di fikiran mereka tetapi bagaimana video muzik dengan aksi melampau sebegitu boleh ditayangkan menjelang 10 hari terakhir Ramadan.

Bukan sahaja tiada sedikit pun rasa malu malah bangga dengan ketinggian penonton yang berjaya dicapai. Allah Maha Besar. ”

Barah Kronik Dalam Masyarakat

Tambahnya, Ustazah Asma’ juga menganggap ia sebagai sesuatu yang semakin kronik dalam kalangan masyarakat yang berbangga menjadi trending walaupun bercanggah dengan agama.

“Inilah barah yang makin kronik dalam masyarakat, terutama mereka yang inginkan pengaruh dan seumpamanya. Kalian teruja apabila tontonan di media sosial meningkat, BERBANGGA MENJADI TRENDING #1 walaupun dengan cara yang bertentangan dengan agama.”

Dato Aliff pernah ditegur, diberi nasihat dan sebagainya, tetapi masih mengulangi perkara yang sama tanpa sekelumit rasa kesal.

Sementara itu, Ustazah Asma ‘Harun berkata, dia tidak bermaksud untuk merendahkan golongan lelaki lembut, sebaliknya kecewa dengan muzik video lagu raya terbaru yang memaparkan penari pengiring bersolek seperti wanita.

“Bukan maksud hendak merendahkan golongan lelaki lembut, tetapi jangan sekali-kali mengangkat budaya yang dilarang oleh Allah dan Rasulullah, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan.

Video ini terang-terangan menampilkan penari iringan yang solekannya seperti wanita, maaf ia sungguh memalukan!”

Pendakwah bebas juga beranggapan sekiranya kita sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah tanpa henti walaupun hidup dalam keadaan fasik, iaitu kita terus melakukan maksiat secara nyata, berhati-hatilah dengan rezeki yang dikurniakan oleh Yang Maha Pemberi rezeki.

Komen oleh netizen

Rata-rata netizen komen bersetuju dan turut meluahkan rasa kecewa mereka.

Semoga kita semua sentiasa dalam taufiq hidayahNya, serta tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat keampunan dan rahmat sepanjang bulan Ramadhan ini, insyaAllah.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Farah Azila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X