We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Malaysia jadi lokasi ujian skuter elektrik Yamaha

KUALA LUMPUR: Malaysia menjejaki Thailand, Taiwan dan Indonesia di pasaran Asia untuk menjadi lokasi ujian persekitaran bagi skuter elektrik Yamaha E01.

Perancang Proof of Concept (PoC) Yahama Jepun, Yasushi Nomura, berkata Malaysia telah dikategorikan lokasi ujian bersama negara Eropah selepas negara memiliki persekitaran tropika, manakala Eropah pula mewakili iklim sederhana.

“Sebagai PoC, E01 akan menangani beberapa isu seperti jarak perjalanan, kaedah pengecasan dan masa pengecasan. Semua ini dikatakan sebagai cabaran yang dihadapi oleh penggunaan meluas kenderaan elektrik (EV),” katanya pada sesi taklimat maya, semalam.

Selain Eropah, Jepun pastinya menjadi destinasi utama ujian persekitaran E01.

Skuter elektrik Yamaha E01 seperti yang didedahkan akan didatangkan dengan saiz sama seperti susun atur tempat duduk sebagaimana Yamaha NMax tetapi berkuasa 125cc.

E01 akan dikuasakan bateri litium-ion 4.9 kWh yang menggerakkan motor elektrik yang mampu menghasilkan 8.1 kW pada 5,000 rpm dan tork 30.2 Nm pada 1,950 rpm.

Direka terutamanya untuk mobiliti bandar, E01 mampu ditunggang pada jarak kira-kira 100 kilometer (km) dengan kelajuan tertinggi yang dikawal iaitu 100 kilometer sejam (km/j) dengan tiga mod kuasa tersedia iaitu Power, Standard dan ECO serta mod undur.

Terdapat tiga pilihan pengecasan untuk skuter elektrik itu yang mana bergantung kepada persekitaran di mana skuter itu berasaskan dengan soket pengecasan yang menjadi hak milik Yamaha.

Pilihan pengecasan biasa menggunakan pengecas dinding dengan arus domestik menyediakan masa pengecasan selama lima jam dan boleh digunakan di kawasan kediaman.

Bagi pengecasan pantas pula yang ditempatkan di pusat pengedar Yamaha, bangunan komersial dan seumpamanya, kadar pengecasanan adalah 80 peratus dalam satu jam.

Untuk pengecasan mudah alih, ia menggunakan bekalan AC 110 hingga 240 Volt, direka bentuk untuk dibawa bersama E01, memberikan masa pengecasan selama 14 jam.

Berbeza daripada skuter elektrik biasa yang menggunakan pek bateri boleh tanggal untuk pengecasan jauh, E01 telah direka bentuk di sekeliling pek bateri yang memberikan pereka Yamaha keupayaan untuk memasukkan ruang storan 28 liter di bawah tempat duduk, ruang yang biasanya tiada apabila mereka bentuk elektrik dan skuter hibrid.

Dengan ketinggian tempat duduk 755 milimeter (mm), E01 direka untuk boleh diakses oleh semua penunggang.

Dari aspek saiz, E01 berukuran 1,930 mm panjang keseluruhan, berbanding NMax 1935 mm. Bunyi bising juga menjadi isu dengan kenderaan dua roda di kawasan bandar, dan E01 diukur pada 58 desibel pada jarak tujuh meter, berbanding 68 desibel yang dihasilkan oleh NMax.

Dalam masa beberapa minggu akan datang, Yamaha akan melancarkan dua model skuter elektrik di Eropah, iaitu Neo’s dan E01.

Walaupun sudah banyak membekalkan penggerak elektrik kepada syarikat lain, termasuklah untuk basikal, dua model ini sebenarnya adalah antara motosikal elektrik terawal bagi Yamaha.




Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Atiqah Yunus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X