We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Jangkaan yang akan berlaku selepas sambutan Aidilfitri dari KJ

Sambutan perayaan Aidilfitri tinggal beberapa minggu sahaja lagi dan sudah tentu mereka yang beragama Islam tidak sabar untuk pulang ke kampung. Ini selepas sudah 2 tahun kita tidak dapat meraikan hari lebaran akibat pandemik.

Walaupun tahun ini kita boleh pulang ke kampung, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan peningkatan kes jangkitan Covid-19 selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bila balik raya nanti akan berjumpa dan bergaul antara saudara mara tanpa memakai pelitup muka, memang ada risikonya. Tetapi pihak KKM sudah bersiap sedia merawat.- Kata Khairy Jamaluddin.

Disebabkan itu, KJ menyatakan situasi ini menjadi alasan utama pengambilan dos penggalak untuk warga emas. Sebelum ini, KKM turut menggalakkan warga emas mendapatkan dos penggalak keempat tetapi itu bukanlah paksaan.

Beliau berkata, setakat ini, hanya 77 peratus golongan warga emas yang berusia 60 tahun ke atas sudah menerima dos penggalak. Pihaknya menyasarkan lebih 90 peratus golongan terbabit mengambil suntikan berkenaan.

“Kalau dulu mereka mungkin beri alasan tidak mahu ambil kerana tidak pergi ke mana-mana tetapi hari raya ini anak (yang berada di perantauan) akan balik. Jadi lebih kita ambil dos penggalak itu.

“Jadi saya harap sebulan dua ini dapat capai ke peringkat 90 peratus kalau kesedaran dalam kalangan warga emas terutamanya bila dia tahu raya ini anak dia akan balik, dia sendiri sukarela untuk melindungi diri.

“Kita akan usahakan untuk kita sampai ke sasaran 90 peratus warga emas dapat dos penggalak,” katanya.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal http://www.titiwangsatoday.com

By Sarah Razlien

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X