We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Tips diet di bulan Ramadhan

Selain daripada meningkatkan amal ibadah, bulan puasa adalah bulan yang paling tepat untuk kita semua menjaga pengambilan makanan.

Iyalah, maksud puasa itu sahaja adalah menahan diri. Di samping menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa, kita juga disarankan untuk menahan diri daripada bersikap boros dan tamak ketika menjamu juadah berbuka. 

Mengamalkan diet pada bulan Ramadan membolehkan kita untuk menjimatkan wang, selain badan kita juga akan terasa lebih sihat.

Pada masa yang sama, bila sudah tibanya hari Raya, bukan sahaja boleh nampak dengan ketara perbezaan saiz badan tetapi kita juga boleh mengenakan pakaian yang diidam-idamkan pada hari tersebut!

Baiklah, jom kita lihat menu-menu makanan dan tips yang boleh anda amalkan sepanjang bulan Ramadhan. Jangan risau walaupun menu yang admin share ni simple tetapi lain dari yang lain tau!

Selamat mencuba!!

Menu Sahur

Haa siapa kat sini tak suka makan oatmeal? Bila sebut jee oatmeal, mesti anda terbayang menu oatmeal makan bersama dengan susu. BOSAN!!

Meh sini nak share resepi lain yang anda boleh buat berasaskan oatmeal, lepasni mesti anda semua suka makan oatmeal.

  1. Bubur Ayam Oatmeal
Bubur ayam oatmeal

Resepi ini sangat mudah untuk dimasak pada waktu sahur dan paling penting rasa oat tu hilang malah rasanya seperti ala-ala bubur ayam Mcdonals. Anda boleh lihat video dibawah untuk melihat resepi dan cara menyediakannya.

@bbungamawar_

Bubur oat ayam paling surrrr! Rate 100/10 ⭐️ Yang penting sihat 🙆🏻‍♀️ #dietjourney #healthyrecipes

♬ Polaroid Love – ENHYPEN

2. Cookie dough baked oat

Cookie dough baked oat

Resepi ini juga sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk anda sediakannya. Lihat video dibawah cara penyediaanya.

3. Simple Banana Smoothies

Banana Smoothies

Resepi ini sangat sesuai untuk anda yang tidak makan nasi pada waktu sahur. Lihat video dibawah cara penyediaanya.

@ummilunais_

Reply to @kyniko0 dah bosan makan roti ? Jom kita makan smoothies pulak. Sedapp !! and senang dengan @ oatslabel / insta #foodie #weightloss

♬ Gatal – Janna Nick

Anda perlu makan semasa sahur untuk pastikan anda mempunyai tenaga sepanjang anda berpuasa. Sekiranya anda malas masak untuk sahur, anda boleh makan 3 biji kurma bersama dengan susu low fat.

Menu Berbuka

Next, jom kita lihat menu-menu untuk berbuka pula.

  1. Pizza Wrap
Pizza wrap

Diet pun boleh makan Pizza tau, yang penting kuantiti bahan-bahan mesti disukat dengan betul supaya jumlah kalori tidak berlebihan dari jumlah yang sepatutnya anda ambil.

Lihat video dibawah untuk lihat resepi dan cara penyediaan.

2. Spaghetti Aglio Olio with Dory Fish

Spaghetti Aglio Olio with Dory Fish

Bosan diet makan nasi, anda boleh gantikan dengan spaghetti. Make sure anda guna spaghetti jenama San Remo seperti gambar dibawah.

Sekiranya anda tidak mempunyai spaghetti seperti gambar dibawah, anda boleh gantikan dengan spaghetti biasa yang anda selalu masak tetapi pastikan berat spaghetti itu 25g sahaja untuk satu hidangan.

Rujuk video dibawah cara penyediaan Spaghetti Aglio Olio with Dory Fish.

@ciknissss

Day 5 : Menu Lunch sihat Ciknis.. Fettuccine oglio olio with Dory fish ❤️ .. #dapurtingkapciknis #fyp #diet #menusihat #roadto100kg

♬ Put Your Records On – Ritt Momney

3. Suhun & Enoki Mushroom Soup

Suhun & Enoki Mushroom Soup

Teringin makan bihun sup semasa tengah diet? No problem! Admin share kan resepi bihun sup version sihat tetapi bihun digantikan dengan suhun.

Kenapa guna suhun?

Kerana suhun mempunyai jumlah kalori yang sangat rendah berbanding dengan bihun. Resepi dan cara penyediaan seperti dalam video dibawah.

Tips WAJIB diamalkan sepanjang anda berpuasa

  1. Cukupkan pengambilan air kosong

Air sangat penting sepanjang proses diet dan ia juga membantu dalam proses membakar kalori. Oleh itu, pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas air bersamaan 2 liter sehari.

Anda boleh ikut formula dibawah:

Formula mudah dan ringkas cara pengambilan air semasa bulan ramadhan

2. Elakkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman

Anda boleh gantikan gula putih dengan madu atau gula Stevia dalam masakan atau minuman. Madu dan gula Stevia mempunyai jumlah kalori yang sangat rendah.

3. Elakkan minum air manis

Kalau anda susah nak tinggalkan air manis, jangan berangan nak kurus. Air manis sebab utama kenapa berat badan susah nak turun. Anda diet laa macam mana pun tapi masih minum air manis, diet anda sia-sia saja.

4. Elakkan makan kuih-muih yang manis

Nak cantik time raya, silalah elak dari makan kuih-muih yang mengandungi jumlah gula yang tinggi. Anda boleh gantikan kuih-muih dengan buah-buahan. Buah-buahan yang admin selalu makan semasa bulan puasa ialah buah tembikai, apple dan oren.

Banyak resepi dessert sihat yang anda boleh cuba. Resepi-resepi tu anda boleh explore di media sosial seperti Tiktok, Facebook dan Instagram.

5. Lakukan senaman ringan

Anda boleh lakukan senanam ringan selama 20/30 minit sebelum berbuka sekiranya anda larat. Macam admin, senaman yang biasa admin buat sebelum berbuka admin kayuh indoor bicycle selama 20 minit.

Atau boleh gantikan senaman dengan kemas rumah asalkan berpeluh ye.

Moreh (biasanya lepas terawih akan rasa lapar jadi perlu ada moreh kan?)

  1. Boleh makan roti wholemeal letak peanut butter
  2. Makan buah-buahan.
  3. Minum teh hijau contohnya jenama Green Tea Ahmad Tea (Teh hijau jangan letak gula ye)
  4. Atau boleh ratah lauk-lauk berbuka tadi tapi ratah lauk means ikan ayam je bukan ratah sekali kuah-kuahnya okey.

Nak kurus memerlukan disiplin yang tinggi. Kebanyakan orang yang ingin kurus akan melakukan diet yang melampau sehingga sanggup tidak makan. Cara ini sebenarnya tidak efektif kerana ia akan menyebabkan anda makan lebih banyak.

Itu sahaja tips dari Min, semoga bermanfaat untuk anda. Good luck!

Ps: Diet bukan semasa bulan ramadhan sahaja tau, bulan-bulan lain pun kena diet supaya berat badan anda maintain.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Sarah Razlien

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X