We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Sijil bertukar warna putih sekiranya tidak lengkap booster bagi penerima vaksin Sinovac , Mac ini.

Mana-mana individu yang menerima dos lengkap vaksin Sinovac, berumur 18 tahun keatas perlu mengambil suntikan dos penggalak selewat-lewatnya dalam bulan ini ,bagi mengekalkan status lengkap vaksinasi mereka.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya gagal berbuat demikian, status vaksin di aplikasi MySejahtera akan berubah dari kuning kepada putih sekiranya bermula 1 Mac 2022.

vaksin booster

“Perlu mengambil suntikan dos penggalak, kalau tidak sijil vaksinasi kuning akan jadi putih, anda akan dianggap tidak divaksinasi penuh lagi dan sekatan di pintu masuk di premis tertentu”

Sebanyak 3.5 juta penerima vaksin Sinovac masih belum menerima dos penggalak. Malah, beliau juga menggalakkan mana-mana jenis vaksin sekalipun untuk mengambil dos pennggalak itu kerana mempunyai dos ketiga lebih baik daripada 2 dos sahaja.

Dalam pada itu, beliau juga telah menetapkan bahawa mana-mana individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif Covid-19 perlu menjalani tempoh kuarantin bergantung kepada kadar dos yang diterima.

Bagi mereka yang menerima dos penggalak, mereka perlu jalani kuarantin sebanyak 5 hari. Bagi yang vaksinasi lengkap (tanpa dos penggalak) sebanyak 7 hari dan 10 hari bagi mereka yang belum lengkap dan belum divaksinasi.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Diyanah Nabilah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X