We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Tweet DG Hisham di twitter buat ramai lega .

Sejak dari minggu lalu, kes harian jangkitan Covid-19 mula naik secara mendadak sehingga mencecah lebih dari 10 ribu kes pada Ahad.

Perkara ini menyebabkan ramai terkejut selepas melihat angka yang tertera malah ada yang risau kalau tiba – tiba Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ) dikenakan sekali lagi .

Namun begitu, pada hari yang sama, Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu DG Hisham turut kongsikan pecahan data Covid-19 mengikut kategori menerusi akaun Twitter miliknya @DGHisham selepas kes harian dikeluarkan.

Twitter

Malah, DG Hisham menambah lagi di bahagian thread tweet yang sama dengan menyatakan jumlah untuk jangkitan Covid-19 bagi Kategori 4 dan 5 adalah sebanyak 25 kes menjadikan kedua-dua kategori ini kurang dari 1%.

“Takdelah teruk sangat, kan semua dah vaksin? Chill…”

Sementara itu, pengguna-pengguna media sosial terutamanya di Twitter rata-rata menarik nafas lega selepas melihat perkongsian tweet dari DG Hisham itu.

“Aku tak kisah dah kes harian 10k ke 50k ke. Tapi aku fokus dekat by kategori. Tak teruk sangat sebenarnya, kan semua dah vaksin. Chill.” – Komen netizen

Perincian tersebut membuka mata orang ramai supaya tidak teragak-agak untuk mendapatkan suntikan vaksin dan juga dos penggalak demi memastikan kes tidak menjadi lebih teruk.

Twitter

Ini kerana rata-rata mereka mengatakan bahawa kes tinggi bagi kategori 1 dan juga 2, namun ianya tidaklah teruk seperti sebelum-sebelum ini. Mereka juga ada yang menyatakan kebanyakan pesakit yang dijangkiti wabak itu hanya boleh menjalani kuarantin kendiri di rumah sahaja.

Okay lah kalau macamtu… Ada lagi harapan untuk kita beraya tahun ni. Yang penting kena peka dan jaga SOP lagi-lagi sekarang kita dah sepenuhnya berada dalam gelombang Omicron…

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Diyanah Nabilah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X