We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

‘Paxlovid’ keluaran Pfizer diluluskan Singapura bagi rawatan Covid-19 .

Penggunaan ‘Paxlovid’ yang merupakan keluaran syarikat perubatan Pfizer bagi merawat pesakit yang disahkan positif Covid-19 telah diluluskan pihak Singapura.

Singapura

Penggunaan Paxlovid ini adalah ubat telan pertama seumpamanya untuk merawat Covid-19. Menurut laporan Straits Times, Paxlovid hanya digunakan untuk mereka yang positif Covid-19 bergejala ringan sehingga ke bergejala sederhana yang mempunyai risiko kesihatan lain. Ini adalah untuk mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian.

Badan Kesihatan Sains Singapura memaklumkan republik itu meluluskan kebenaran sementara untuk penggunaan Paxlovid iaitu kombinasi 2 jenis ubat; nirmmatrelvir (ubat anti-viral) dan ritonavir (ubat pengekalkan kadar darah untuk keberkesanan nirmatrelvir).

Paxlovid

Paxlovid boleh diambil 2 kali sehari untuk 5 hari selepas pesakit disahkan menghidapi Covid-19 dan mempunyai gejala. Ianya hanya akan diberikan kepada pesakit yang mempunyai risiko tinggi, seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura.

Bagi rekod, ujian klinikal menunjukkan Paxlovid berkesan untuk mengurangkan risiko kemasukan hospital dan kematian akibat Covid-19 sebanyak 88.9% selepas diberikan dalam tempoh 3 hari pertama selepas jangkitan.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Diyanah Nabilah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X