We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Sikap low profile Ts Noor Hisham, mendapat pujian netizen.

Adalah jadi satu tanggungjawab seseorang itu bagi melakukan saringan, dengar penjelasan berkenaan SOP dan menjalankan kuarantin sesampainya tiba di lapangan terbang dari luar negara, tidak kiralah siapa pun kita termasuklah pengarah kesihatan, Tan Sri Noor Hisham sendiri.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang doktor yang bertugas di lapangan tersebut melalui Twitter miliknya dan mendapat pujian orang ramai.

Dalam hati Tan Sri ‘Aku la yang buat SOP ni…..’

Ts Hisham dikatakan pada waktu itu sedang mendengar penjelasan daripada petugas kesihatan mengenai SOP, foto itu mendapat perhatian netizen sehingga meraih lebih daripada 11,000 jumlah retweets sejak ia dikongsikan pada 31 Januari 2022 yang lalu.

twitter

Meniliti dari petikan dan info Team Lobak Merah, Dr. Sarah Nasution menjelaskan bahawa TS Hisham pada waktu itu baru sahaja pulang dari Geneva, Switzerland kerana menghadiri satu sidang Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ). Selain itu, dia juga akui rasa gugup ketika ingin menjelaskan SOP kepada beliau.

Ujar doktor yang berkerja di Pejabat Kesihatan KLIA ini lagi,m bahawa dia yang ditugaskan bagi melakukan saringan Covid-19 untuk pengembara ini menjelaskan bahawa TS Hisham seorang yang rendah diri dan patuh kepada SOP.

“Tan Sri memang low profile, dan mendengar SOP yang diterangkan oleh saya.”

Jelasnya lagi, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk semak MySejahtera, semak vaksin, lakukan saringan PCR dan membuat penjelasan mengenai SOP kuarantin.

“Tan Sri proceed dengan kuarantin seperti dinyatakan sop untuk international traveller.”

“Tan Sri proceed dengan kuarantin seperti dinyatakan sop untuk international traveller.”

Kalau saya pun gugup macam nak jatuh jantung weh!

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Diyanah Nabilah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X