We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

PRN Johor: PAS Johor Nafi Tolak Tawaran Kerusi UMNO

PAS menafikan dakwaan bahawa parti itu menolak tawaran kerusi dari UMNO kerana lebih tertarik dengan tawaran dari Bersatu.

Parti Bersatu yang dikatakan menawarkan lebih banyak kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya akan datang nanti.

Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin memaklumkan bahawa tiada rundingan dan perbincangan dibuat dengan UMNO Johor setakat ini.

Rundingan itu berhubung pengagihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

“Sebagai rakan dalam Muafakat Nasional (MN), PAS Johor sentiasa berlapang dada dan terbuka untuk terus komited dengan usaha memperkukuh permuafakatan ini.

Beliau juga berharap apa juga isu berbangkit dapat berbincangkan dengan baik supaya dapat menjaga hubungan yang terjalin terus terjaga.

Ikuti perkembangan terkini dan isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Daniel Alqudri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X