We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Ellie Suriaty akhirnya suntik vaksin atas sebab KJ ambil, pada Oktober lalu?

Sebelum ini pelakon Ellie Suriaty Omar terpalit dengan kontroversi apabila anaknya Azrell Omar Azri Iskandar dan Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar ada membuat laporan polis kerana mahu menolak suntikan vaksin. Laporan itu dibuat sambil ditemani oleh pelakon tersebut di Balai Polis Melawati pada Ogos lalu.

Hak individu untuk menolak vaksin – Ellie Suriaty

Pendirian dua beradik ini disokong oleh Ellie sendiri apabila Kosmo! melaporkan bahawa Ellie menyatakan itu adalah hak individu bagi menolak vaksin eksperimen COVID-19 ke atas pelajar yang berumur antara 12 – 17 tahun.

Ellie pada masa itu juga ada menegaskan bahawa di bukanlah menolak atau anti vaksin memandangkan sudah mengambil beberapa jenis suntikan seperti rakyat lain sejak kecil lagi. Bagaimanapun program vaksinasi COVID-19 yang terbahary ini masih belum diuji secara sepenuhnya.

“Berbeza dengan program imunisasi yang kita semua ambil sejak kecil, ia sudah menjalani ujian klinikal bertahun-tahun sebelum diperkenalkan kepada umum.”

“Tetapi vaksin Covid-19 cuma dalam tempoh enam bulan sahaja diuji dan terus diberikan kepada manusia. Saya tak kisah pun disuntik kalau vaksin ini sekurang-kurangnya lebih lima tahun digunakan.”

“Saya ambil Sinovac sebab KJ ambil Sinovac”

Umumnya mengetahui bahawa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerima vaksin jenis tersebut, jadi Ellie di dalam satu temubual berseloroh bahawa dirinya mengikuti beliau.

Selepas Ellie mengumumkan bahawa dia sekeluarga tidak vaksin mStar Online melaporkan bahawa suaminya Azri Iskandar dikhabarkan ada ambil vaksin secara senyap – senyap, bagaimanapun Ellie dengan sifat terbuka menerimanya kerana demi kepentingan ketua keluarga untuk mencari nafkah.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Diyanah Nabilah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X