We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Tandas Orang, Tapi Yang Masuknya Monyet – Naim Daniel

Baru-baru ini tular satu video mengenai wanita mempersenda golongan OKU dengan memasuki tandas awam khas bagi golongan OKU tersebut.

Sebelum kejadian ini, terdapat satu video lelaki yang tular mempersenda dengan berlakon menjadi OKU begi meletak kenderaan di petak khas bagi golongan kelainan upaya.

Terdapat sebuah video TikTok, beberapa orang wanita yang berpakaian penunggang basikal dilihat berlakon seperti orang kelainan upaya untuk menggunakan tandas OKU di sebuah stesen minyak.

Postingan @j0ker896 di akaun TikToknya.

Melalui video itu juga turut kedengaran suara perakam dan rakan-rakannya bergelak ketawa dengan perlakuan tersebut.

Video tersebut telah menerima pelbagai komen kritikan netizen yang menyifatkan tindakan geng basikal tersebut tidak sensitif dan mempersenda golongan OKU.

Pelakon dan penyanyi Naim Daniel juga menerusi Twitter sempat mengkritik sikap perakam video yang menurutnya seakan-akan ‘monyet’ kerana memerli golongan OKU.

Sumber Twitter.

Malah rata-rata netizen juga turut memberi reaksi dan komen terhadap video wanita mempersenda golongan OKU tersebut.

Antara komen-komen netizen.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Aznita Atika

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X