We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Penangan vaksin AZ… akhirnya nenek boleh ‘berjalan’ ke mana sahaja

Baru – baru ini, ada berita menarik dari Thailand yang membuatkan ramai orang terkejut dan seperti tidak percaya. Mana tidaknya, seorang wanita warga emas telah diberikan peluang kedua selepas dia tiba – tiba sahaja boleh berjalan semula.

Menurut media Thai Channel 8 News, wanita warga emas yang menghidapi kencing manis, darah tinggi dan pelbagai penyakit lain ini telah terlantar di atas selama tiga tahun dan tak boleh bangun. Malah pada 24 November lalu, sekumpulan pasukan perubatan telah membantu wanita ini bagi mengambil dos pertama vaksin AstraZeneca.

Tanpa disangka – sangka, rasa sakit dan lemah di sendi kakinya selama tiga tahun itu tiba – tiba hilang begitu sahaja dan boleh melangkahkan kakinya buat pertama kali selepas tiga tahun.

Wanita warga emas

Selepas melihat keajaiban dirinya, wanita ini lantas memberitahu berita baik ini kepada anaknya dan semua ahli keluarganya memang terkejut dan tidak percaya. Malah, pihak pengarah hospital yang mengetahui soal penyakit wanita ini turut tidak sangka dan percaya atas apa yang didengarinya.

Youtube

Pada 27 November, doktor ini bersama kumpulannya dan rakan media telah datang ke rumah wanita ini dan melihat keadaannya. Apabila tiba sahaja, mereka dijemput sendiri dengan wanita ini dan menjemput semua orang yang datang ke rumahnya. Pengarah hospital membuat spekulasi bahawa vaksinasi itu mungkin telah merangsang sel – sel di dalam badan, organ dan jantung wanita warga emas ini yang menjadikan dia lebih kuat.

Bukan satu kes sahaja

Kejadian ini yang lebih kurang sama turut berlaku di timur laut Thailand pada awal Oktober lalu. Manakala ini berlaku pada, seseorang lelaki warga emas yang berusia dalam lingkungan 70-an telah mendakwa yang dia telah sembuh dari penyakit selepas sahaja menerima vaksin Covid!

Khaosod TV – ข่าวสด

Namun bagi lelaki warga emas ini pula, ia sudah tidak dapat berjalan bertahun – tahun lama dah. Bila pasukan dan rakan media datang lelaki tua ini membuktikan dia sihat dengan bermain Muay Thai. Gempak betul!

Namun begitu, sehinga kini masih belum ada pengesahan tentang kebenaran sama ada vaksin Covid ini dapat menyembuhkan penyakit lain atau tidak.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Diyanah Nabilah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X