We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Akibat tidak bayar pampasan…harta Sajat akan disita dan dijual

Seperti yang kita ketahui Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruz Zaman telah keluar dari Malaysia dan berpindah ke negara lain bagi mengelak dari ditangkap di negara kita.


Baru- baru ini Mahkamah Tinggi Shah Alam telah melaksanakan writ penyitaan dan penjualan harta usahawan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kerana beliau gagal membayar pampasan sebanyak RM 200,000 oleh OWA Resources Sdn Bhd.

Dalam pada itu, perintah pelaksanaan berkenaan dijalankan pada pukul 10.30 pagi tadi di rumahnya yang berada di Kota Damansara, Selangor.

Menerusi satu kenyataan, tindakan sita itu dilakukan kerana Sajat gagal membayar jumlah penghakiman pada Disember tahun 2020.

Sumber : Google

Ia dilakukan oleh Nurwati Hussin dan Mohamed Syakir Hussin dari syarikat OWA Resources yang merupakan bekas stokis utama perniagaan girdle dan bengkung milik Sajat.

Tidak hanya itu, Sajat tidak memberi sebarang respon bagi membayar pampasan selepas gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada April lalu.

Ini susulan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Sajat untuk membayar ganti rugi kepad OWA Resources.

Sumber : Google

“Writ penyitaan dan penjualan telahpun ditampal di premis defendan pada hari ini dan jika pihak defendan tidak membuat bayaran, semua barang yang disita akan dilelong pada 14 Disember ini” kata peguam yang mewakili OWA Resources.

“Sekiranya jumlah pungutan wang hasil dari lelongan masih tidak mencukupi melalui penjualan barang yang telah disita hari ini, anak- anak guam akan mengambil langkah seterusnya bagi menyita aset- aset lain yang boleh disita dan dijual” katanya lagi.

Ini menurut Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang juga berkata bahawa anak- anak guam fokus bagi mendapatkan pampasan yang diarahkan dibayar oleh mahkamah.

Sumber : Google

Secara keseluruhannya, barang- barang yang disita akan dilelong di bawah harga pasaran bagi menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif.

Ingin mengetahui isu- isu yang viral dan sensasi? Ikuti perkembangan terkini dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com sekarang !

By Farah Nazira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X