We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Sempoi betul…Pasangan suami isteri ‘travel’ ke Paris guna motosikal kapcai

Baru- baru ini, viral satu video di Tiktok iaitu pasangan suami isteri melancong ke ‘Kota Cinta” dengan menaiki motosikal kapcai.


Video ini telah menarik perhatian orang ramai kerana keunikannya untuk melancong ke Paris tanpa menggunakan pengangkutan awam seperti bas, kereta api mahupun kapal terbang.

Pemilik video berkenaan berkata perjalanan dari Malaysia ke Paris itu mengambil masa selama 4 bulan sebelum berlaku penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

“Ke kota cinta bersama yang tercinta” menerusi kapsyen video berkenaan.

Tidak hanya itu, pasangan suami isteri berkenaan pernah merantau ke beberapa buah negara seperti Rusia dan London dengan menaiki motosikal.

Perkara yang menarik ialah syarikat Honda memberi hadiah motosikal secara percuma kepada mereka setelah tamat misi perjalanan ke London.

“Alhamdulillah honda bagi saya sebiji motor selepas sy berjaya selesaikan misi ride ke London ni….dan juga servis free seumur hidup” kata pemilik video berkenaan di bahagian komen.

“Bestnyaaaaaaa, I need to do this with my husband, one fine day. aminnn” komen seorang pengguna Tiktok.

Syarikat Honda juga menawarkan perkhidmatan servis motosikal secara percuma seumur hidup mereka.

Hasil perkongsian video berkenaan, rata- rata pengguna Tiktok berasa kagum dengan sifat kental pasangan itu yang hanya menaiki motosikal sahaja untuk melancong.

“See…x perlu tunggu jaya utk travel.. di mana ada kemahuan, di situ ada highway. Tahniah bro … moga saya & suami dpt smpai ke sini” komen seorang pengguna Tiktok.

“Sebagai orang melayu saya bangga sgt dgn abang dan akak. Semoga Allah merahmati & melindungi korang berdua, aamiin ya rabb” komen seorang pengguna Tiktok.

Malahan, terdapat beberapa pengguna Tiktok memberi komen bertanyakan tips untuk cuba melancong dengan menaiki motosikal.

Video viral pasangan ini telah meraih sebanyak 4.8 juta tontonan dan 673,000 tanda suka oleh pengguna Tiktok.

Ingin mengetahui isu- isu yang viral dan sensasi? Ikuti perkembangan terkini dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com sekarang !

By Farah Nazira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X