Baru-baru ini tular satu video apabila seorang lelaki dipanggil oleh boss untuk melakukan kerja semasa kenduri membuat ramai terhibur.
Kejadian berlaku ketika mereka sekawan menghadiri sebuah majlis kenduri dan secara kebetulan, salah seorang teman perakam video telah memakai pakaian yang seakan-akan pelayan di majlis tersebut.
Satu perkongsian di TikTok oleh seorang pengguna yang bernama Amirul Effendy ini mendapat tontonan sebanyak 400 ribu.
Kelihatan, lelaki tersebut mengenakan seluar berwarna gelap dan memakai baju kemeja biru gelap yang kebetulan sama tona dengan pakaian pelayan disana.
Tanpa pengetahuan rakan tersebut, difahamkan mereka telah berpakat dengan seorang pelayan untuk memangil kawannya itu untuk meneruskan pekerjaannya.
Mereka semua telah berkawan agak lama dan masing-masing dah dianggap sebagai keluarga kedua. Difahamkan, apa yang berlaku bukanlah kesilapan daripada pelayan tersebut tetapi ianya telah dirancang.
Kalau dengar perbualan semasa ‘kejadian’ tersebut berlaku, masing-masing sudah kelihatan bersedia untuk mentertawakan lelaki berkenaan selepas dia ‘dipanggil’ oleh bos.
Rata-rata netizen memberi komen dan reaksi terhadap video postingan tersebut.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com