We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Wanita Biadap Simbah Air Dekat Pak Guard & Rider?

Baru-baru ini tular satu video mengenai wanita membuat satu tindakan yang telah mengundang kemarahan warganet.

Kejadian 26 November 2021 lepas, dilihat seorang wanita menyimbah air boba yang ditempah menerusi perkhidmatan penghantaran makanan secara atas talian kepada pengawal keselamatan dan penghantar makanan disebuah residensi.

Perbuatan tak ada sivik itu dirakam oleh seseorang sebelum video itu viral setelah di kongsikan ke Facebook.

https://www.facebook.com/mike71125/videos/301660658356547/?d=n

Menurut pengirim yang dikenali sebagai Micheal Cheang,ia berpunca kerana wanita tersebut bengang pesanannya tidak boleh dihantar ke hadapan pintu kerana peraturan disitu telah menetapkannya. 

Insiden itu berlaku pada jam 8 malam, pelanggan wanita dari China tersebut berkeras suruh penghantar menghantar pesanannya ke depan pintu rumahnya, kata Cheang menerusi perkongsiannya, katanya lagi.

Bagaimanapun, pengawal itu kemudiannya menolak permintaannya dan menyatakan, mengikut SOP, pengirim tidak mempunyai kebenaran untuk berbuat demikian.

Oleh itu, Cheang memuji dengan sikap profesional pekerja tersebut dalam mengendalikan pelanggan yang bersikap panas baran dan tekun dalam menjalankan tanggungjawab.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Aznita Atika

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X