We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Shukor Adan akan menamatkan kariernya malam ini?

Aksi terakhir Piala Malaysia malam ini bakal menjadi perlawanan terakhir kepada bekas pemain kebangsaan Shukor Adan.

Selepas hampir 24 tahun bermain bola sepak, Shukor Adan ingin mengantung butnya selepas perlawanan terakhir Piala Malaysia yang akan berlangsung malam ini menyaksikkan pertemuan Johor Darul Takzim FC dan Kuala Lumpur FC di Stadium Bukit Jalil.

Pertahanan berusia 42 itu mengumumkan rancangan persaraannya daripada bola sepak profesional ketika sidang media praperlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada hari ini.

Sumber: twitter @MFL_MY

Di dalam temu bual tersebut Shukor Adan berkata “Dalam umur saya 42 tahun, saya tak sangka pula akan ke final, terima kasih kepada Coach Bojan, walaupun saya kurang minit permainan (di pentas Piala Malaysia), atas kepercayaan Coach Bojan saya berada dalam skuad.”

“Benda ni bukan satu perkara yang mudah, kalau Kuala Lumpur (dengan izin Allah) ditakdirkan memenangi Piala Malaysia esok, saya ingin umumkan persaraan saya.”

“Sebenarnya, ini merupakan tahun terakhir saya sebagai pemain bola sepak, jadi (ini) merupakan satu pencapaian dalam karier saya beraksi di pentas final walaupun tidak bermain sekalipun, saya (tetap) berasa bangga.” katanya.

Sumber: Facebook Sukanz

Shukor Adan mengakui sukar untuk membuat keputusan untuk bersara dalam kanca bola sepak setelah 24 tahun dalam bidan tersebut.

Namun, ini menjadi momen terbaik buatnya untuk mengumumkan persaraan dan menamatkan karier sebagai pemain bola sepak profesional.

Shukor Adan yang sebelum ini pernah menyarung jersi Negeri Sembilan, Selangor, Angkatan Tentera Malaysaia (ATM), Felda United dan Melaka sebelum menyertai skuad Kuala Lumpur.

Sepanjang kariernya, banyak trofi yang pernah dimenangi olehnya seperti menjulang trofi Piala Malaysia sebanyak 4 kali dengan pasukan Selangor dan Negeri Sembilan. Dia juga merupakan bekas kapten skuad Harimau Malaya suatu masa dahulu.

Perlawanan terakhirnya malam ini akan menentang Johor Darul Takzim (JDT) yang merupakan pasukan terkuat di Liga Malaysia buat masa ini.

Sumber: twitter @MFL_MY

Ingin Dapatkan Info Menarik, Terkini, Trendy, Sensasi, Viral, Panas dan Lagi Zass. Ikuti dan Layari https://www.titiwangsatoday.com/sekarang!


By Nurul Shahrina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X