We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Bagusnya! Anak kecil tak kekok jaga ibu sakit

Seorang ibu semestinya bersyukur kalau dapat anak yang prihatin dan memahami keadaan ibu bapanya lebih- lebih lagi ketika ibu atau bapa sakit.


Usahawan wanita, Wan Nur Siti Aisyah bersyukur apabila melihat anak sulungnya yang masih kecil berkelakuan seperti orang dewasa prihatin terhadap ibunya yang tidak sihat.

Video tersebut telah dimuat naik ke laman Tiktok yang menunjukkan dirinya berada di atas kerusi roda dan satu lagi video yang menunjukkan anaknya membawa pinggan untuk memudahkan ibunya menikmati juadah makanan.

Difahamkan Sha mengalami penyakit ‘scoliosis’ yang mana beliau mempunyai masalah tulang belakang bengkok sekaligus memerlukan rawatan untuk kembali sihat seperti biasa.

Hasil perkongsian video tersebut di Tiktok, ramai mendoakan semoga Sha sembuh seperti sedia kala manakala ada yang tertarik dengan tindakan anaknya yang sangat prihatin itu.

“Bagus yen ni dah la comel….get well soon dear” komen seorang pengguna Tiktok.

“Moga panjang umur Yen dan terus terus berbakti utk mommy daddy berkat dunia akhirat”  komen seorang pengguna Tiktok.

Tidak hanya itu, beliau percaya bahawa sikap murni anaknya itu mungkin dicontohi oleh suaminya Al- Hafiz Zakaria yang juga memikul tanggungjawab dengan baik sebagai ketua keluarga.

“Anak bawak mommy jalan- jalan harini ambik udara segar sbb tgk mommy dh moyok asyik kene bed rest” kata Sha menerusi kapsyen di laman Instagram milik beliau.

“ Ya Allah suka nya tgok dia, hmmm, kecik ii dah pandai berdikari, rezeki kak sha btul dpt anak yang bijak. Pape pun gws” komen seorang pengguna Tiktok.

Terdahulu, Wan Nur Siti Aisyah atau dikenali sebagai Sha Hasan merupakan usahawan perniagaan Shalicious iaitu sebuah produk kecantikan.

Beliau juga mempunyai seorang anak lelaki yang bernama  Rayyan Mikail yang kini berusia 5 tahun.

Ingin mengetahui isu- isu yang viral dan sensasi? Ikuti perkembangan terkini dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com sekarang !

By Farah Nazira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X