We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Bekas suami prihatin…. sanggup dermakan buah pinggang kepada bekas isteri.

Kadang – kadang sesuatu perpisahan bukanlah jalan teakhir bagi sesuatu hubungan, mungkin ada sebab yang tertentu, dan tidak bermakna mereka tidak boleh diberikan peluang kedua, misalnya dalam perkahwinan, itu adalah sebab wujudnya peluang untuk merujuk semula.

Seperti yang berlaku dekat pasangan dari Henan, China ini dimana bekas suami Chen Zhenfeng, 39 kotakan janjinya sewaktu mereka membuat ikatan janji semasa hari perkahwinan mereka biarpun sudah bercerai.

Lamar bekas isteri dalam hospital

Chen Zhenfeng mendapat tahu yang bekas isterinya yang berumur 35 tahun itu menghidap penyakit uremia( penyakit buah pinggang rosak sehingga tidak boleh menapis keluar toksin dari urin ). Mendengar khabar berita duka buat bekas teman di sisinya, Chen membuat keputusan untuk rujuk semula dengan bekas isterinya bagi menjaganya.

Menurut petikan dari 8world menerusi laman WORLD OF BUZZ, bahawa Chen dan isterinya Xie Hongxia, berumur 26 tahun pada ketika itu bermula menjalinkan hubungan cinta ketika baru sahaja kenal, dalam masa dua bulan sahaja , mereka sudah membuat ikatan yang sah sebagai sepasang suami isteri.

Chen Zhenfeng bersama isterinya

Lebih sedih lagi, apabila hubungan mereka diuji apabila Xie mengalami keguguran sebanyak 2 kali. Hubungan mereka jadi makin renggang akibat tekanan dan ia jadi menyebabkan mereka bercerai pada tahun 2019.

Sepanjang 2 tahun berpisah mereka sudah buat haluan sendiri, Chen banyak mengimbau hari perkahwinan mereka. Chen juga ada menghubungi bekas isterinya bagi bertanyakan khabar. Hati Chen tersentak apabila mengetahui bahawa bekas isterinya itu menghidap uremia yang mendorong Chen untuk bersua dengan bekas isterinya di hospital.

Disitu Chen mendapat tahu yang bekas isterinya itu tak kahwin dan melihat paras rupa isterinya yang semakin suram, dan dalam masa yang sama juga Chen terus melamar isterinya semula.

Youtube

Pada mulanya, Xie menolak lamaran kerana tidak mahu menambah beban Chen berkaitan kos perubatan. Bagaimanapun, ikatan cinta yang kukuh pada Chen membuatkan ia tekad untuk menjaga dan berada di sisi Xie sepanjang hayat.

Kalau dah jodoh, tak kisah siapa pun dia, mesti kita jaga.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Diyanah Nabilah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X