Kebiasaannya, pasangan pengantin yang melangsungkan perkahwinan di dewan akan memeriksa keadaan tempat beberapa hari sebelum berlangsung.
Hal ini untuk memastikan tiada sebarang kerosakan dan cacat cela sepanjang majlis berlangsung. Akan tetapi, tidak semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar.
Perkongsian video TikTok oleh @fiar49 dari negara seberang itu menarik perhatian ramai apabila rakannya terpelanting ketika membuka pintu untuk pengantin.
Melihat pada video itu, pemilik video tersebut bersama rakannya bersiap sedia untuk membuka pintu bagi memberi laluan untuk pengantin masuk. Keadaan menjadi panik apabila pintu di sebelah kiri sukar untuk dibuka oleh kru majlis perkahwinan itu.
Malang tidak berbau, pemegang pintu tersebut tercabut dari tempat asalnya ketika dia mencuba membukanya. Lebih menggeli hati apabila badannya sekaligus terpelanting ke belakang.

Lelaki tersebut kemudiannya bangun dan membuka pintu itu semula seperti tiada apa yang berlaku. Situasi tersebut dilihat dapat dikawal dengan cara profesional, serta rakan setugas lain yang tidak mentertawakannya.
Video tersebut mendapat tontonan ramai bukan sahaja daripada Indonesia, malah sampai ke Malaysia. Perkongsian itu mendapat 1.5 juta likes dan pelbagai reaksi daripada penonton di ruangan komen.

Ramai yang terhibur dengan situasi tersebut, dan ada juga yang bersimpati dengan kru itu kerana pasti berasa malu dengan banyak mata yang memandang.
Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com