Larangan merokok di kawasan tempat makan telah dilaksanakan sejak tahun 2019 masih lagi diteruskan sehingga kini.
Baru-baru ini Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa akan menigkatkan lagi penguatkuasaan larangan merokok bagi memastikan masyarakat patuh terhadap arahan berkenaan.
Beliau mengatakan melalui ciapan twitter peribadi miliknya bahawa ini merupakan satu inisiatif dan dasar yang bagus dari kerajaan sebelumnya dan ianya perlu diteruskan.
Khairy membuat kenyataan tersebut bagi menjawab soalan daripada seorang pengguna twitter yang menayakan soalan mengenai status larangan tersebut.
Dalam tweet yang sama, Khairy menyatakan bahawa akan kekal memerhatikan pelaku dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pesalah sambil memantau pematuhan Prosedur Standard Operasi (SOP)
Sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan tempat makan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019.
Mereka yang  mereka yang didapati merokok di kawasan larangan termasuk di semua tempat makan akan dikenakan kompaun sebanyak RM250.Â
Sekiranya gagal membayar kompaun, pesalah bakal didakwa di mahkamah dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.
Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com