
MOTAC Batalkan Lesen Agensi Pelancongan
Kuala Lumpur – Terkini, MOTAC telah menyatakan bahawa kes kenaikan harga tiket penerbangan umrah tidak akan ditolakansurkan. Kes kenaikan harga tiket penerbangan yang dimonopolikan oleh agensi pelancongan yang menjual semula tiket dengan harga tidak masuk akal. Perkara ini memeningkan pelbagai pihak terutama pihak agensi pelancongan yang menyediakan pakej menunaikan umrah. Kenaikan harga pakej umrah sekurang-kurangnya RM1,000.00 setiap jemaah antara penyebabnya ialah monopoli harga tiket penerbangan. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata bahawa tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan lesen agensi atau syarikat pelancongan jika modus operasi perniagaan mereka melanggar undang-undang. Beliau juga berkata bahawa perkara…