We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Month: August 2022

Doktor ini kongsi 4 tip tangani ‘serangan’ netizen

Doktor ini kongsi 4 tip tangani ‘serangan’ netizen

KEWUJUDAN media sosial sememangnya memberi impak yang besar kepada kehidupan seseorang. Dalam pada seronok berkongsi luahan, gambar percutian, momen bahagia bersama keluarga, kadang kala ia mengundang rasa kurang senang pengikut (followers) serta netizen secara umum. Justeru terbitlah komen-komen negatif berunsur sindiran ataupun kecaman, lebih-lebih lagi sekiranya anda meletakkan akaun media sosial dalam mode 'public'. Boleh 'koyak' sekiranya tidak tahan membaca komen-komen negatif yang secara tidak langsung menggugat kestabilan emosi. Penasihat dan Pengasas Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus berkongsi empat tip bagaimana mahu menangani 'serangan' di media sosial. 1. Time off. Apabila rasa overwhelmed, ambil time off daripada media sosial, contohnya bercuti ke tempat yang tiada capaian Internet.…
Read More
Graduan diminta hayati sejarah kemerdekaan negara

Graduan diminta hayati sejarah kemerdekaan negara

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta graduan sentiasa mengingati dan menghayati sejarah kemerdekaan negara. Seri Paduka bertitah penghayatan sejarah adalah penting untuk membangkitkan kesedaran dan kecintaan kepada negara serta menghargai nikmat kemakmuran yang dikecapi sekarang. "Generasi pewaris negara harus sentiasa menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah. Ini kerana manusia yang tidak belajar daripada sejarah akan mengulangi kesilapan sama berulang kali. "Kerana itu para cendekiawan dunia menyatakan bahawa identiti nasional sesuatu bangsa dan negara ditentukan oleh batasan waktu yang berkait rapat dengan sejarah," titah Al-Sultan Abdullah dalam titah diraja pada Majlis Konvokesyen ke-17 dan 18…
Read More
Izzah intai peluang beraksi di Bulgaria

Izzah intai peluang beraksi di Bulgaria

KUALA LUMPUR: Atlet gimrama negara, Izzah Amzan mengintai peluang untuk membuat penampilan ketiga pada Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Bulgaria bermula 14 hingga 18 September ini. Gimnas berusia 22 tahun itu, berkata sekiranya Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) menyenaraikan dirinya ke Bulgaria, dia tekad untuk memperbaiki kedudukan ranking dunianya berbanding dalam dua penampilan sebelum ini. "Jika berdasarkan kelayakan ketika Kejohanan Asia (di Pattaya, Thailand, Jun lalu), mungkin saya tetapi keputusan akhir masih belum tahu lagi. Tahun ini kelayakan lain sedikit kerana kebiasaannya tiga gimnas tetapi untuk kali ini ada perubahan. "Kami perlu melalui pusingan kelayakan di Kejohanan Asia dan Malaysia…
Read More
3 bulan APAD, JPJ selesai isu p-hailing

3 bulan APAD, JPJ selesai isu p-hailing

KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diberi tempoh tiga bulan untuk mencari penyelesaian kepada isu yang dibangkitkan dalam industri p-hailing. Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR), Zulhelmi Mansor, berkata ia antara maklum balas segera yang dinyatakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, hasil pertemuan bersama penunggang p-hailing, semalam. Beliau berkata, selepas tempoh tiga bulan itu, semua pihak terbabit akan kembali berbincang dengan komuniti p-hailing bagi menyelesaikan beberapa isu berbangkit dalam industri itu. Dalam pertemuan itu juga, katanya Ka Siong turut meminta syarikat penyedia p-hailing menyelesaikan masalah yang timbul akibat 'kegagalan komunikasi' dengan…
Read More
Batik rekaan Permaisuri Agong dipamer di Pameran Synthesis

Batik rekaan Permaisuri Agong dipamer di Pameran Synthesis

KUALA LUMPUR: Lebih 40 rekaan batik yang dihasilkan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dipamerkan pada Pameran Synthesis di Galeri Prima, Balai Berita The New Straits Times Press di sini bermula hari ini hingga 18 Sept depan. Menerusi perkongsian di laman Facebook Istana Negara, Raja Permaisuri Agong telah berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian pameran itu semalam. Turut berangkat Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Menurut Istana Negara, Galeri Prima adalah galeri seni persendirian pertama mendapat perkenan Raja Permaisuri Agong untuk mempamerkan karya eksklusif baginda iaitu batik cetakan blok…
Read More
Penangan aura anak Pak Zain

Penangan aura anak Pak Zain

KUALA LUMPUR: Bukan lagi mimpi. Penantian peminat menyaksikan dua beradik popular ini berkongsi pentas besar, jadi nyata melalui Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Sabtu lalu. Bagi peminat Ziana dan Anuar, momen inilah yang cukup dinantikan. Selain julung kali mereka digandingkan, persembahan itu juga dianggap menamatkan 'kemarau' selepas lebih dua dekad Ziana tidak mementaskan konsert berskala besar. Bagaikan sebuah biografi, konsert bermula dengan tayangan video mengenai perjalanan awal karier dua beradik itu memaparkan temu bual bersama individu penting di sebalik kejayaan mereka. Sanjungan diberi kepada ibu bapa,…
Read More
Raja Azmi menangis Jerangkung Dalam Almari kutip RM1 juta

Raja Azmi menangis Jerangkung Dalam Almari kutip RM1 juta

KUALA LUMPUR: Penerbit filem Jerangkung Dalam Almari, Raja Azmi tidak menyangka filem keenam terbitannya berjaya meraih kutipan RM1 juta dalam tempoh empat hari tayangan. Filem bergenre seram arahan Shahdan Hashim dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Hansul Rahmat, Sophia Albarakbah, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah, Zaidi Omar dan Amerul Affendi itu mula ditayangkan sejak 4 Ogos lalu. Raja Azmi berkata, dia tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkan perasaan kerana ini kali pertama filem terbitannya berjaya mencecah kutipan RM1 juta sepanjang hampir tiga dekad bergelar penerbit. "Saya menangis apabila diberitahu filem Jerangkung Dalam Almari berjaya mencecah kutipan RM1 juta dalam tempoh empat hari…
Read More
‘Hadi salah catur bila bawa PAS pilih BERSATU’

‘Hadi salah catur bila bawa PAS pilih BERSATU’

PETALING JAYA: Seorang bekas pemimpin kanan PAS, menyifatkan presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang sepatutnya menjalinkan kerjasama dengan UMNO, bukan BERSATU yang disifatkan sebagai 'parti kecil' dan hanya bergantung kekuatan orang lain. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali, berkata strategi PAS meletakkan kerjasama dengan BERSATU dalam Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu kesilapan. "Strategi yang digunakan sekarang ini ialah meletakkan BERSATU sebagai tonggak untuk dibuat muafakat, sedangkan yang sepatutnya dengan UMNO. "Saya yakin sekiranya Presiden PAS mempertahankan hubungan dengan UMNO, BERSATU pasti menurut kerana ia parti kecil dan bergantung kepada PAS.…
Read More
3 ‘senjata’ BN rampas Selangor

3 ‘senjata’ BN rampas Selangor

SHAH ALAM: Gandingan tiga pemimpin dalam kalangan anak jati Selangor akan menjadi 'senjata' Barisan Nasional (BN) Selangor untuk merampas kembali negeri ini dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Selain Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul yang baru dilantik sebagai Bendahari BN negeri, dua lagi adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan. Ketua Komunikasi BN negeri, Datuk Seri Jamal Md Yunos, berkata rakyat Selangor sememangnya mengidamkan muka baharu untuk mengetuai kepemimpinan negeri. Beliau mengakui, sambutan positif diterima daripada rakyat berhubung keputusan Tengku Zafrul untuk menjadi calon BN…
Read More
400 polis ditempatkan di perlawanan separuh akhir Piala FA

400 polis ditempatkan di perlawanan separuh akhir Piala FA

KUALA TERENGGANU: Seramai 400 pegawai dan anggota akan ditempatkan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus bagi memastikan perlawanan separuh akhir Piala FA antara pasukan Terengganu FC menentang Selangor FC, Sabtu ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden kekecohan. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, berkata penugasan itu bagi menjaga serta mengawal ketenteraman awam dan keselamatan perlawanan bola sepak itu. Beliau berkata, polis trafik juga ditempatkan untuk mengawal aliran trafik di sekitar kawasan stadium bagi mengelak kesesakan lalu lintas. Penonton juga diingatkan untuk tidak meletakkan kenderaan dan menghalang jalan atau laluan ke kawasan…
Read More
ms Malay
X