We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Month: July 2022

Membuka ruang ekonomi yang lebih luas

Membuka ruang ekonomi yang lebih luas

Shah Alam: Pembukaan operasi i-City Finance Avenue membuka ruang ekonomi lebih luas. Sekali gus menarik ramai pelancong mengunjungi kawasan segitiga emas di negeri ini. Ketua Pegawai Teknologi dan Pengarah Eksekutif i-City, Ricky Lim berkata, dengan keluasan 3.01 hektar, i-City Finance Avenue kini dilengkapi dengan beberapa komponen termasuk perniagaan, rekreasi, peruncitan dan kediaman. Menurutnya, nilai pelaburan bagi i-City Finance Avenue yang dibangunkan sejak beberapa tahun lalu berjumlah RM1.5 bilion. “Dengan pemindahan sebahagian ibu pejabat Maybank ke i-City April lalu, i-City mencapai kadar penghunian 83 peratus untuk menara korporat pintar bernama Maybank Landmark.“Selain itu, i-City Finance Avenue dilengkapi dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa…
Read More
Gesa menaikkan gaji penjawat awam sebelum PRU

Gesa menaikkan gaji penjawat awam sebelum PRU

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyeru kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan bantahan jalanan daripada penjawat awam. Presidennya, Adnan Mat berkata, cadangan menaikkan gaji penjawat awam Gred 19 kepada Gred 29 sudah banyak kali dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun tiada tindakan diambil. "Jika gaji mereka tidak disemak sebelum Parlimen diumumkan, CUEPACS sedia berpiket di Putrajaya bersama penjawat awam." Adnan berkata, perhimpunan itu juga akan menuntut pengurangan kos barangan sebelum pilihan raya umum (PRU15) akan datang. Minggu lalu, CUEPACS menggesa kerajaan meluluskan cadangan menaikkan gaji penjawat awam bagi membantu mereka…
Read More
Pelancaran Aspirasi Kampung Sejahtera

Pelancaran Aspirasi Kampung Sejahtera

Kuala Lumpur: Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KPLB) membangunkan aspirasi ikonik baharu dengan menetapkan sembilan kriteria bagi membolehkan sebuah kampung digelar Kampung Sejahtera. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, program pembangunan kampung yang menyeluruh dan holistik itu bagi mewujudkan kampung yang berdaya saing, bersih, dan kemas di seluruh negara dengan penglibatan aktif masyarakat kampung sebagai penggerak utama. “Sembilan kriteria diketahui pasti dalam meningkatkan taraf kampung yang diiktiraf sebagai Kampung Sejahtera iaitu infrastruktur lengkap, aktiviti ekonomi berimpak tinggi, modal insan berdaya maju, dan tahap kesihatan yang baik.“Selain itu, kebersihan dan keceriaan kampung, agama, dan kerohanian, tahap keselamatan yang terjamin, kepimpinan dan pentadbiran…
Read More
Aktiviti kecergasan menjadikan mental lebih sihat

Aktiviti kecergasan menjadikan mental lebih sihat

PERTEMUAN dengan wanita berusia 28 tahun ini di sebuah majlis membuatkan penulis ‘menghidu’ auranya dalam aktiviti kecergasan. Daripada pertuturan dan bahasa badan, boleh dijangka pemilik nama Nur Fatin Atheerah Hamdan, atau lebih mesra dengan panggilan Tyra ini cukup peka untuk menjalani gaya hidup sihat. "Saya pernah mencapai berat 75 kilogram (kg) ketika belajar di matrikulasi. Jadi, saya faham perasaan mereka yang inginkan berat badan ideal." Anak kelahiran Kuala Lumpur ini aktif bersukan sejak belajar di sekolah menengah terutama bola jaring dan bola keranjang semasa di universiti. Jelasnya, ketika belajar di sekolah dia mempunyai minat dalam aktiviti kecergasan tetapi tidak serius…
Read More
Kes MPV Hilang, Ini Cara Untuk Anda Kongsi Keberadaan Guna Live Location Di Whatsapp

Kes MPV Hilang, Ini Cara Untuk Anda Kongsi Keberadaan Guna Live Location Di Whatsapp

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penemuan sebuah kenderaan MPV yang ditemui tenggelam setelah lebih 9 bulan tidak dijumpai. Penemuan tersebut menyedarkan orang ramai bahawa penting untuk sentiasa ‘update’ keberadaan diri sendiri terutama sekali apabila memandu sendirian. Begini cara untuk anda kongsi keberadaan guna live location di Whatsapp. Hari ini kita mendapat berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya di dalam sebuah sungai berhampiran Kuantan, Pahang. Pemandu di dalam kenderaan itu telah disahkan identitinya sebagai pemuda yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan yang lalu. Pemuda berkenaan terakhir dikesan bertolak dari Johor ke Terengganu. Salam takziah diucapkan…
Read More
Azeem mahu hapus gelaran ‘Usain Bolt Malaysia’

Azeem mahu hapus gelaran ‘Usain Bolt Malaysia’

KUALA LUMPUR: Pelari pecut muda negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi mahu menghapuskan julukan 'Usain Bolt Malaysia', pada penampilannya di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia dari 1 hingga 6 Ogos ini. Muhammad Azeem yang akan beraksi dalam acara 100 meter (m) dan 200m berkata kejohanan berprestij itu, adalah peluang terbaik beliau mencipta nama tersendiri, dan membuktikan kepada dunia siapa dirinya sebenar. "Sebelum ini mungkin saya dikenali sebagai Usain Bolt Malaysia, tetapi secara peribadi saya nak orang kenal saya sebagai Azeem Fahmi bukannya Usain Bolt Malaysia. Saya juga nak buktikan dekat semua orang yang saya bukan 'one year…
Read More
Casing Telefon Boleh Sebabkan Penyakit Tendinitis?

Casing Telefon Boleh Sebabkan Penyakit Tendinitis?

Tanpa kita sedar, casing telefon yang dipilih sebenarnya boleh merisikokan diri dan kesihatan seperti perkongsian Dr Hannani Kamarudin di laman TikToknya. Penggunaan casing telefon bimbit memang menjadi pilihan ramai kerana boleh melindungi telefon daripada calar dan pecah. Pelbagai jenis casing telefon boleh didapatkan di luar dengan pelbagai jenis reka bentuk, saiz dan berat. Tanpa kita sedar, casing telefon yang dipilih sebenarnya boleh merisikokan diri dan kesihatan seperti perkongsian Dr Hannani Kamarudin di laman TikToknya. CASING TELEFON BOLEH SEBABKAN PENYAKIT TENDINITIS? Menurut pengamal perubatan swasta, Dr Hannani Kamarudin berkongsi risiko kepada pengguna yang memilih untuk menggunakan casing telefon bimbit berat. Ini…
Read More
Highway baharu hubung koridor timur dan utara Lembah Klang

Highway baharu hubung koridor timur dan utara Lembah Klang

PETALING JAYA: Sebuah lebuh raya baharu sedang dirancang untuk dibina pada 2024, yang akan berfungsi sebagai penghubung antara koridor trafik timur dan utara Lembah Klang, menurut pegawai Kementerian Kerja Raya. Lebuhraya Penyuraian Utara Kuala Lumpur (KL Node) dijangka mengurangkan kesesakan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Lebuh raya itu disifatkan sebagai penghubung terakhir dalam pelan besar sistem Jalan Lingkaran Luar KL dan akan menghubungkan Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar) dan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE). Sepanjang 83% daripada jarak 24km akan dinaikkan. Laluan itu akan dibina bermula dari Hulu Kelang ke Melawati dan estet Melati, Gombak, Selayang Heights sehingga berhampiran Taman…
Read More
Sudah lama tidak menerima royalti

Sudah lama tidak menerima royalti

KUALA LUMPUR: Usaha Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) meminta Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) melanjutkan tempoh perlindungan karya muzik dan seni selepas kematian pencipta termasuk tempoh perlindungan hak cipta untuk rakaman bunyi dan penghibur dilihat sebagai usaha murni untuk membantu pengikatan muzik dan pewaris dalam era pandemik COVID-19. Imbuhan tidak seberapa, namun usaha memanjangkan tempoh perlindungan karya muzik atau seni melalui Akta Hak Cipta 1987 daripada 50 tahun kepada 70 tahun bukan sahaja melindungi lagu-lagu segar yang berterusan yang dihasilkan malah semakin lama perlindungan hak cipta diberikan semakin banyak. menguntungkan setiap pemuzik yang terlibat dalam penghasilan karya lagu. Usaha untuk…
Read More
Tak boleh guna gelaran doktor jual produk kosmetik

Tak boleh guna gelaran doktor jual produk kosmetik

KUALA LUMPUR: Pengasas atau peniaga produk kosmetik tidak boleh menggunakan gelaran profesional seperti doktor untuk mengiklankan produk di negara ini. Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata peraturan itu termaktub dalam garis panduan pengiklanan untuk kosmetik yang dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Pada masa sama, katanya, pengasas produk kosmetik tidak boleh membuat tuntutan perubatan atau berlebihan mengenai produk masing-masing hingga melampaui skop takrifan kosmetik, iaitu membersih, mewangi atau mencantikkan. "Berdasarkan garis panduan pengiklanan untuk kosmetik dikeluarkan NPRA, penggunaan gelaran profesional seperti doktor tidak dibenarkan. "Jika penjualan kosmetik membabitkan orang profesional seperti doktor, maklumat akan disalurkan…
Read More
ms Malay
X