
Bantu Penggiat Industri Anjur Program Berimpak Tinggi
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) memperkenalkan inisiatif terbaru mereka sebagai usaha membantu pemain industri iaitu Geran Padanan Pelancongan, Seni dan Budaya (GPPSB). Geran pertama ialah Geran Padanan Sektor Pelancongan (GSSP), manakala geran kedua Geran Padanan Sektor Kebudayaan (GPSK), dan kedua-duanya berjumlah RM50 juta. Tujuan pemberian ini diperkenalkan sebagai usaha untuk merangsang aktiviti seni dan budaya yang jumud serta mempromosikan semula Malaysia sebagai destinasi pelancongan terkemuka di rantau Asia. GSSP memberi tumpuan kepada program domestik dan antarabangsa Sempena pembukaan semula pintu sempadan negara, GSSP akan memberi tumpuan kepada program domestik dan antarabangsa. Penganjur boleh memohon lebih daripada satu program penganjuran…